|
Selamat datang ke laman web Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
FRIM merupakan antara pusat penyelidikan perhutanan tropika yang unggul di dunia dan mempunyai pengalaman lebih 100 tahun dalam penyelidikan perhutanan serta keluaran hutan. Banyak ilmu dan maklumat telah dijana dalam bidang ini dan diterjemahkan dalam bentuk penerbitan.
Kami telah mendigitalkan kebanyakan penerbitan ini supaya anda dapat mengaksesnya secara dalam talian. Layarilah 'e-JTFS', Timber Technology & Engineering Information Resources' dan 'FRIM in Focus' untuk memperoleh maklumat teknikal dan umum. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang penerbitan kami atau ingin membeli buku, klik pada 'Bookstore'.
FRIM juga menyediakan pelbagai jenis khidmat termasuk ujian (seperti tanah, perabot dan pintu rintangan api), khidmat perundingan, sewaan kemudahan (teknikal dan rekreasi), bekalan bahan tanaman serta latihan (contohnya pengenalan kayu, pengenalan pokok dan landskap). Anda boleh memperoleh lebih banyak 'List of Expertise' atau hubungi saintis-saintis yang berkenaan secara terus.
Pangkalan data berkaitan perhutanan dan keluaran hutan disediakan dalam 'Knowledge Centre'.
Harapan kami, segala maklumat serta khidmat yang kami sediakan dapat memenuhi keperluan anda.
Teruskan melayari laman web kami!
Dato' Dr. Abd Latif Mohmod
Ketua Pengarah
latif@frim.gov.my
|