FRIM co-organises technical seminar with MTC

Ditulis oleh Corporate Management Unit pada . Ditulis dalam Berita & Acara

Semasa upacara pembukaan seminar

Dari kiri: Nurmala, Nancy dan Cheah semasa upacara pembukaan seminar.

22 November 2011 (Selasa) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bersama  Malaysian Timber Council (MTC) telah berjaya menganjurkan satu seminar pada 17 November 2011 yang bertujuan untuk berkongsi maklumat terkini mengenai kayu-kayan Malaysia dan menggalakkan jalinan kerjasama di kalangan saintis, pengeluar, pengguna dan pihak berkuasa.

Technical Seminar on Timber in Construction yang diadakan di Kuala Lumpur ini, telah dihadiri seramai 400 orang peserta yang terdiri daripada pengeluar produk kayu, pihak berkuasa, agensi kerajaan, peniaga, arkitek, jurutera, ahli akademik dan penyelidik dalam bidang berkaitan dengan industri kayu serta  wakil daripada pihak bank dan agensi insurans.

Seminar ini diadakan bertujuan untuk menyebarkan maklumat terkini mengenai prestasi kebakaran, perlindungan menentang kemerosotan bio dan ciri-ciri kekuatan balak Malaysia; serta mengemukakan isu-isu dan cabaran penggunaan kayu-kayan dalam pembinaan bangunan.

Abd Latif menyampaikan cenderahati kepada Nurmala

Abd Latif menyampaikan cenderahati kepada Nurmala bagi pihak penganjur.

Dr Zaihan Jalaluddin, seorang pegawai penyelidik FRIM, telah membentangkan kertas kerja bertajuk  “Fire performance of timber as a building material” manakala Dr Tan Yu Eng, Ketua Program Pemprosesan Termaju dan Reka Bentuk, telah menyampaikan tajuk, “Machine strength grading of Malaysian timbers for structural use”.

Majlis perasmian seminar tersebut telah disempurnakan oleh Datin Paduka Nurmala Abdul Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK).

Turut hadir, YB Hajah Nancy Shukri, Pengerusi Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Malaysia, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah FRIM dan Cheah Kum Huan, Ketua Pegawai Eksekutif MTC.

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre