INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA
(FRIM) 52109 KEPONG, SELANGOR DARUL EHSAN
Tarikh
: 29 Oktober 2009
Permohonan
adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang
berkelayakan bagi mengisi jawatan jawatan-jawatan berikut di Institut
Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
1. (a) JAWATAN : PEMBANTU
TADBIR ( KEWANGAN ) GRED W17
(1
Kekosongan)
(b) JADUAL GAJI : P1T1 RM 821.89
– P1T24 RM 2152.86
P2T1 RM
873.32 – P2T24 RM 2274.01
P3T1 RM
926.26 – P3T26 RM 2399.46
(C) SYARAT LANTIKAN DAN KELAYAKAN
Calon-calon bagi jawatan di atas hendaklah memiliki kelayakan seperti
berikut:-
(i)
Sijil Pelajaran Malaysia
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian
dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
(ii)
Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat
Pertengahan (Simpan
Kira-kira) atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji
permulaan ialah pada Gred W17: P1T2); atau
(iii)
Sijil Pelajaran Malaysia serta
Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau Kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17:
P1T5); atau
(iv)
Sijil dalam bidang pengurusan
perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh
kerajaan
daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya
oleh kerajaan.
(Gaji
permulaan ialah pada Gred W17: P1T9;
dan (v) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian
lisan) pada peringkat
Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.
2. KEMUHAHAN IMBUHAN IMBUHAN TETAP:
i) Imbuhan Tetap Khidmat
Awam RM 115.00
ii) Imbuhan
Tetap Perumahan RM 180.00
iii) Bayaran Bantuan Sara
Hidup RM 300.00
3.TARAF
JAWATAN : TETAP
CARA
MEMOHON
Semua permohonan
hendaklah dibuat melalui Borang BPSM/1/1 pindaan 1 yang boleh dimuat turun
daripada laman web Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Borang
permohonan yang lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan dibahagian atas
sebelah kiri sampul surat dan dihantar kepada Bahagian Sumber Manusia, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
(FRIM) 52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan. Tarikh tutup permohonan pada 20 NOVEMBER 2009.
CATATAN AM
Hanya calon-calon yang
layak sahaja akan dipanggil untuk temuduga atau dinilai. Pemohon-pemohon yang
tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan
hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.