KATA-KATA ALUAN:


TUAN HJ. DR. WAN RAZALI BIN WAN MOHD

Dalam era globalisasi dan ledakan teknologi maklumat di abad ke 21 ini, maka adalah dirasakan bahawa zaman yang mendatang akan menjadi lebih mencabar lagi. Sudah tentu ini memerlukan setiap individu dan institusi yang terlibat dalam menegakkan dakwah Islam membuat persediaan yang culup rapi bagi menghadapi cabaran yang begitu komplek.

Dalam hubungan ini peranan masjid dalam melaksanakan aktiviti dakwah Islam dan pembangunan umat Islam menjadi begitu penting. Fungsi masjid akan menjadi lebih dinamik dan perlu bertindak secara proaktif dalam menangani keperluan yang berkaitan.

Untuk tujuan tersebut AJK masjid FRIM sentiasa peka terhadap keperluan ummah dan berusaha untuk mengerakkan dan meningkatkan peranan masjid dalam bidang ilmu pengetahuan, bimbingan beliau dan melaksanakan aktiviti keperluan masyarakat setempat.

Usaha berterusan dirancang oleh AJK Masjid untuk menarik lebih ramai lagi ahli qariah kawasan FRIM dan persekitaran untuk terlibat sama dalam aktiviti yang dianjurkan. Dengan persekitaran yang unik, masjid FRIM boleh memainkan peranan tersendiri dengan menyediakan program- program yang sesuai ke arah pembentukan peribadi Islam.

Kerjasama di antara masjid-masjid di kawasan Kepong telah diujudkan dimana program yang lebih menyeluruh serta berkesan dapat dilaksanakan. AJK masjid juga akan terus berusaha untuk meningkatkan kualiti pengurusan agar fungsi masjid mencapai matlamatnya. Sokongan ahli qariah juga adalah sangat-sangat diperlukan untuk kita sama-sama memakmurkan masjid.

Insyaalah dengan adanya komitmen daripada semua pihak dan dengan izin Allah s.w.t saya percaya usaha yang mulia ini akan beroleh kejayaan.

Sekian, wassalam.

Tuan Hj. Dr. Wan Razali Bin Wan Mohd
Nazir
Masjid Jamek FRIM
Kepong.

Pemandangan Masjid Jamek FRIM

HOME