INSTITUT
PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA
(FRIM) 52109 KEPONG, SELANGOR DARUL EHSAN
FRIM 394/431/1/4 Tarikh: 11 Ogos 2011
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan bagi mengisi jawatan berikut di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
1. (A) JAWATAN : PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E41
(KONTRAK)
(1 KEKOSONGAN)
(B) JADUAL GAJI : P1T1 RM1693.06 – P1T25 RM4643.06
P2T1 RM1787.68 – P2T25 RM4921.33
P3T1 RM1886.48 – P3T25 RM5223.40
(C) NAMA PROJEK : Study On Industrial Coordination Of Demand
and Supply of Rubberwood in Peninsular
Malaysia
(D) VOT PEMBAYARAN : 51410704002
(E) KEMUDAHAN IMBUHAN-IMBUHAN TETAP:
i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM300.00
ii) Imbuhan Tetap Perumahan RM180.00
iii) Bayaran Bantuan Sara Hidup RM300.00
(F) SYARAT LANTIKAN DAN KELAYAKAN
Calon-calon bagi jawatan di atas hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred E41: P1T3); atau
(iii) ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred E41: P1T5); atau
(iv) ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E41: P1T8); atau
(v) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diktiraf oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E41: P1T8); atau
(vi) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E41: P1T9); atau
(vii) Ahli Penuh Institu Akauntan Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E41: P1T10);
(Senarai badan ikhtisas perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan di perenggan 1(c) (v) dan (vi) adalah seperti di Rujukan E).
dan (d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(F) KEUTAMAAN KEPADA CALON YANG :
(i) Mempunyai kelayakan mathematics dan statistics (major)
(ii) Minor: Ekonomi, Ekonomi Perniagaan, Organisasi Industri,
Organisasi Perniagaan, Kejuruteraan Perniagaan, Pengurusan
Perniagaan dan Logistik, serta berkaitan dengannya.
2. TARAF JAWATAN : KONTRAK
3. CARA MEMOHON
Semua permohonan hendaklah dibuat melalui Borang BPSM/1/1 pindaan 2 seperti dilampiran. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Bahagian Sumber Manusia, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), 52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan beserta salinan Ijazah , Sijil Pelajaran Malaysia, Kad Pengenalan dan lain-lain sijil yang telah disahkan.
4. Tarikh tutup permohonan pada 25 Ogos 2011
CATATAN AM
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan ini hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.