INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA
(FRIM)
52109 KEPONG, SELANGOR DARUL EHSAN
Tarikh: 7 Mac 2012
Permohonan
adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
yang berkelayakan bagi mengisi jawatan seperti berikut di Institut Penyelidikan
Perhutanan Malaysia (FRIM).
1. (a) JAWATAN : PEGAWAI
PENYELIDIK GRED Q41
(7
Kekosongan)
(b) JADUAL
GAJI : P1T1 RM 1899.01 –
P1T25 RM 4715.47
P2T1
RM 1995.02 – P2T25 RM 4988.08
P3T1
RM 2095.21 – P3T25 RM 5284.57
(C) SYARAT LANTIKAN DAN KELAYAKAN
Calon-calon bagi jawatan di atas hendaklah memiliki
kelayakan seperti berikut:-
(i)
Ijazah
Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya; atau
(ii)
Ijazah
Sarjana Muda dalam bidang pertanian atau perikanan yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: P1T2); atau
(iii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji
permulaan ialah pada Gred Q41: P1T3); atau
(iv)
Ijazah Doktor
Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: P1T5); atau
(v)
Ijazah
Sarjana dalam bidang sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: P1T6); atau
(vi)
Ijazah Doktor
Falsafah (Ph.D) dalam bidang sains daripada institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: P1T9);
dan lulus
Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran
2. SYARAT
KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN
Pegawai
sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penyelidik adalah layak
dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat
secara lantikan ke jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q41, tertakluk kepada
kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a)
Mempunyai
kelayakan di perenggan 1(c) di atas; dan
(b)
Berumur
kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
3. Calon-calon
yang mempunyai kelayakan Ijazah pertama atau M.Sc. atau Ph.D dalam bidang-bidang berikut mempunyai kelebihan:
i.
Agroforestry
ii.
Forest
Product and Wood Processing
iii.
Wood Mycology
iv.
Mechanical Engineering
for furniture testing
v.
Forest Genetic
vi.
Environmental
Science/Biological Conservation
vii.
Plant
Biotechnology and Biosafety
viii.
Zoology
ix.
Ethnobotany
x.
Industrial
Science
4. KEMUDAHAN IMBUHAN-IMBUHAN TETAP:
i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM 300.00
ii) Imbuhan Tetap Perumahan RM 250.00
iii) Bayaran Bantuan Sara Hidup RM
300.00
5. TARAF JAWATAN : TETAP
/ KONTRAK
6. CARA MEMOHON :
Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang BPSM/1/1 pindaan 2 yang boleh dimuat turun daripada laman web Institut
Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Borang permohonan yang lengkap diisi
hendaklah ditulis nama jawatan dibahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dihantar
kepada Bahagian Sumber Manusia, Blok B3,
Institut Penyelidikan Perhutanan
Malaysia (FRIM),52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan.
7. Tarikh tutup permohonan ini pada 21 Mac 2012.
CATATAN AM
Hanya
calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon-pemohon
yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan
ini hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.