20 staf FRIM terima anugerah cemerlang NRE

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

10 Mac 2017 (Jumaat) – Seramai 20 warga Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) 2016 di majlis yang diadakan di Serdang semalam.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Menteri NRE, Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang turut menyampaikan sijil APC kepada pegawai Pengurusan dan Profesional (P&P) daripada NRE, FRIM, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Selain sijil tersebut, beliau juga menyampaikan sijil Anugerah Kecemerlangan NRE dan Anugerah Lama Berkhidmat kepada 32 pegawai NRE yang terpilih.

Dalam ucapan perasmiannya, Wan Junaidi juga mengumumkan ‘tagline’ NRE yang baharu iaitu “Negaraku, Alam Sekitarku” bagi menzahirkan kepentingan pengurusan sumber asli dan alam sekitar.

Majlis ini telah meraikan seramai 971 warga NRE daripada kementerian serta 12 jabatan di bawahnya atas komitmen kerja dan perkhidmatan cemerlang sepanjang tahun 2016.

Timbalan Menteri, Datuk Ir Dr Hamim Samuri dan Ketua Setiausaha NRE, Dato’ Sri Azizan Ahmad turut menyampaikan anugerah kepada penerima-penerima dari jabatan/agensi yang lain.

Turut hadir, Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod; Timbalan KP (Operasi), Datuk Rahim Sudin; Timbalan KP (Penyelidikan), Dr Ismail Harun dan Pengarah Kewangan, Encik Mohd Zamshari Abd. Rahman.

Klik di sini untuk melihat senarai staf FRIM yang menerima APC 2016.

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast