Ekspatriat sertai lawatan khas ke FRIM

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara



Dari kanan, Satoshi dan Yamana bersama-sama dengan para pelajar Jepun semasa berada di Bilik Morinda/Garcenia.

Dari kanan, Satoshi dan Yamana bersama-sama dengan para pelajar Jepun semasa berada di Bilik Morinda/Garcenia.

25 Februari 2013 (Selasa) – Tiga puluh orang pelajar dari Kyoto Prefectural Kitakuwada Senior High School, Jepun, telah menyertai program lawatan sambil belajar ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pada 22 Februari untuk mempelajari tentang ekosistem, peranan dan pemuliharaan hutan tropika sebagai sebahagian daripada Kursus Penyelidikan Perhutanan (FRC) mereka tahun ini.

Norhayati ketika menyampaikan kata-kata aluan.

Norhayati ketika menyampaikan kata-kata aluan.

Kumpulan pelajar yang diketuai oleh Pengetua Sekolah, Kawabe Satoshi, dan Ketua Seksyen Hal Ehwal Am, Hideo Yamana, telah disambut oleh Ketua Unit Pengurusan Korporat, Norhayati Nordin yang memberi sedikit penerangan mengenai FRIM serta aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunannya.

Gambar yang diambil sebelum kumpulan pelajar dibawa ke tapak penanaman pokok.

Gambar yang diambil sebelum kumpulan pelajar dibawa ke tapak penanaman pokok.

Pelajar-pelajar tersebut juga mengambil kesempatan untuk membuat pembentangan mengenai  projek  penanaman pokok di kawasan bukit berbatu, iaitu projek penyelidikan dianjurkan bersama oleh akademik, industri dan kerajaan Jepun yang melibatkan pelajar FRC.

Beberapa orang pelajar menanam pokok di Field 43, Bukit Bujang.

Beberapa orang pelajar menanam pokok di Field 43, Bukit Bujang.

Sesi pembentangan turut dihadiri oleh Dr Mohamed Nor Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan) FRIM, Dr Norwati Muhammad, Pengarah Bahagian Bioteknologi Perhutanan, dan beberapa orang penyelidik lain.

Pembentangan tersebut diikuti dengan sesi perbincangan dan soal jawab, dan kemudiannya, para pelajar dibawa meneroka Denai Bidara ke Field 43 untuk aktiviti tanam pokok. Mereka telah menanam sebanyak 30 batang pokok termasuk pokok durian (Durio sp.), petai (Parkia speciosa), tampoi (Baccaurea sp.) dan sentol (Sandoricum koetjape).

Program lawatan ini berakhir dengan penyampaian sijil Friends of FRIM kepada Satoshi untuk sekolah mereka oleh wakil CCU, Edi Hermi.



.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast