Lagu Korporat

Last modified: Jun 18, 2014

[audio:Rimbun.mp3]

WARISAN NEGARA

Rimbun-rimbun yang menghijau
Menghiasi bumi mencapai awan
Tegak megah, meniti zaman
Itulah hutan warisan

Lahir FRIM menjadi teman
Bersama warisan biar berkekalan
Jadi obor penyelidikan
Untuk hapus pembaziran

Bukan saja jenis ternama
Sena, membatu juga berangan
Semua dikaji, semua dikira
Sumber kekayaan negara

Segala sisa tanaman
Tidak dibuang begitu sahaja
FRIM sedia bertanggungjawab
Jadikan bahan sampingan

Hutan rimba tanah tadahan
Tempat riadah dan perkelahan
Membangkitkan cinta dan kesedaran
Warisan jangan dihapuskan

Megah, maju dan berjaya FRIM
Kita berjasa mencipta nama
Mengharumkan nama negara
Dikenal seluruh dunia

Ciptaan Lirik : Jaffar Ahmad Lagu: Fatah Karim

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast