Stesen Penyelidikan FRIM Pasoh

Last modified: Ogos 2, 2016
icon-car.pngKML-LogoFullscreen-LogoQR-code-logoGeoJSON-LogoGeoRSS-LogoWikitude-Logo
Pasoh Research Station, Negeri Sembilan

loading map - please wait...

Pasoh Research Station, Negeri Sembilan 2.951157, 102.267268

Sejak tahun 1970 hingga 1974, Stesen Penyelidikan FRIM Pasoh (SPF Pasoh) menjadi tapak penyelidikan intensif ekologi dan dinamik hutan hujan pamah di bawah projek penyelidikan bersama Universiti Malaya dan International Biological Programme (IBM). Pasoh juga adalah merupakan tapak kajian utama bagi Projek Pembiakan Biologi Pokok Hutan, sebuah projek kerjasama antara Universiti Aberdeen dan Universiti Malaya dari tahun 1974 sehingga 1978. Sejak itu, pelbagai projek penyelidikan biodiversiti, produktiviti hutan, flora, fauna, mikrometeorologi, tanah, hidrologi dan kitaran nutrien telah dijalankan dengan kerjasama univerisiti-universiti tempatan.

Pada bulan Disember 1977, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia telah mengambil alih pengurusan hutan Pasoh daripada Universiti Malaya. Ia dicapai melalui kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan. Hutan Pasoh telah menjadi stesen penyelidikan hutan tropika yang terkemuka. Hal ini tidak akan tercapai tanpa komitmen daripada Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan yang telah mengazetkan 1840 ha kawasan Hutan Simpan Pasoh sebagai hutan penyelidikan. Semua aktiviti penyelidikan dipantau oleh Jawatankuasa Penyelidikan Pasoh (PRC) di FRIM sejak tahun 1999. Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan juga merupakan ahli jawatankuasa tersebut.

Tarikan utama Hutan Simpan Pasoh adalah kepelbagaian floranya. Sebanyak 335,256 batang pokok berdiameter 1 sm dbh (diameter at breast height) dan ke atas, tergolong dalam 814 spesies, 294 genera dan 78 famili telah direkodkan didalam kawasan berkeluasan 50 ha. Famili tumbuhan yang paling sering dijumpai adalah Euphorbiaceae dan Annonaceae bagi pokok kecil, dan Dipterocarpaceae, Leguminosae dan Burseraceae. Spesies paling melimpah adalah Xerospermum noronhianum (Sapindaceae) yang juga dikenali sebagai ‘rambutan pacat’, mendominasi 2.5% daripada jumlah keseluruhan pokok. Bagi pokok 30sm dbh keatas, spesies paling melimpah adalah Shorea leprosula (meranti tembaga), daripada kaum Diptrerocarpaceae.

Sebagai sebuah hutan terpencil dikelilingi oleh ladang kelapa sawit dan kawasan guna tanah lain, pembentukan jurang hutan, akibat tiupan angin yang mematahkan dahan pokok besar atau kumpulan bokok adalah merupakan ciri yang biasa terdapat di Pasoh. Di dalam jurang ini, terdapat banyak anak pokok dan anak benih yang boleh dijumpai.

Walaupun Pasoh tidak lagi mempunyai haiwan berkarisma seperti harimau dan gajah, ia masih lagi mempunyai komposisi yang baik mamalia kecil, primat dan burung. Hari ini, Pasoh bukan sahaja dikunjungi oleh para penyelidik dari dalam dan luar Negara, ia juga berfungsi sebagai pusat pembelajaran bagi kanak-kanak sekolah,pelajar kolej dan pelajar university dan orang awam.

Antara peranan PRC adalah untuk menerima dan meluluskan cadangan penyelidikan daripada penyelidik tempatan dan antarabangsa. Kelulusan adalah berdasarkan kriteria seperti objektif projek, risiko yang terlibat, jangkaan hasil, kehadiran kolaborator tempatan dan manfaat kepada FRIM.

  1. Menyelia aktiviti penyelidikan di Hutan Penyelidikan Pasoh
  2. Untuk memastikan bahawa penyelidikan di dalam Hutan Penyelidikan Pasoh selaras dengan aspirasi FRIM dan
  3. juga menyumbang kepada pembinaan kapasiti kakitangan FRIM dalam jangka masa panjang.

Individu atau kumpulan yang ingin menjalankan kajian atau penyelidikan ata u menggunakan data daripada HS Pasoh perlu menghantar kertas cadangan kajian kepada Jawatankuasa Penyelidikan

Pasoh. Penyelidik tempatan dan luar negara digalakkan untuk mengadakan kerjasama dengan penyelidik dari FRIM.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Dr Serafina Christine (e-mel: cdfletch[at]frim[dot]gov[dot]my)

Fasiliti Stesen

FRIM menyediakan kemudahan asas untuk kemudahan pengunjung SPF Pasoh. Rumah tetamu, asrama, makmal dan bilik seminar disediakan untuk aktiviti pra dan pasca penyelidikan di lapangan

1. Penginapan

a. Rumah Tetamu

frim-pasoh-guest-house

Empat (4) rumah tetamu terletak di Taman IPP berhampiran Simpang Pertang, pekan terdekat dengan SPF Pasoh. Setiap unit mempunyai 2 bilik tidur yang boleh menempatkan 4 orang pada satu masa.

b. Hostel

Sembilan (9) asrama terletak di dalam SPF Pasoh boleh menempatkan seramai 26 orang pada satu masa.

frim-pasoh-hostel-02 frim-pasoh-hostel-01

c. Tapak perkhemahan

Bagi pengunjung yang ingin berkhemah di dalam SPF Pasoh, terdapat beberapa lokasi yang sesuai bergantung kepada bilangan peserta. Peralatan perkhemahan untuk disewa disediakan.
Camping

2. Bilik Seminar

Sebuah (1) bilik seminar bersaiz sederhana dengan kemudahan asas (i.e. papan putih, projektor, layar putih) boleh diperolehi di stesen. Bilik Seminar boleh menempatkan seramai 30 peserta (susunan teater) atau 25 peserta (susunan bilik darjah), atau 20 peserta (susunan mesyuarat) pada satu masa. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

frim-pasoh-seminar-01 frim-pasoh-seminar-02
frim-pasoh-seminar-03

3. Perkhidmatan Internet

Perkhidmatan Internet boleh didapati di bangunan utama stesen.

4. Dewan Makan

Dewan Makan SPF Pasoh boleh menempatkan seramai 30 peserta pada satu masa. Tukang masak disediakan mengikut permintaan. Bayaran minima dikenakan.

Dinning

5. Pejabat

Jika anda memerlukan bantuan pejabat (i.e. mengimbas, fotostat dengan jumlah dokumen yang sedikit), pejabat dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat dari 8 pg – 5 ptg dan ditutup pada waktu makan tengahhari pada pukul 1 – 2 ptg. (Isnin hingga Khamis), 12.15 tgh hari – 2.45 ptg (Jumaat) setrta hujung minggu dan (Negeri Sembilan) cuti umum.

6. Wakaf aktiviti

Sebuah wakaf yang memuatkan 50 orang beridiri atau 30 orang duduk boleh digunakan untuk penganjuran aktiviti, program serta jamuan.
Wakaf overview

Wakaf space

VIP table wakaf

Fasiliti Penyelidikan

1. Makmal

frim-pasoh-makmal-01 frim-pasoh-makmal-02
frim-pasoh-makmal-03

Dua buah makmal disediakan untuk aktiviti penyelidikan di lapangan. Kemudahan yang ada di makmal termasuklah:

  • Penimbang digital
  • Ketuhar pengering
  • Meja kerja
  • Rak penyimpanan

Waktu buka: hari Isnin hingga Jumaat dari 8 pg – 5 ptg dan ditutup pada waktu makan tengahhari pada pukul 1 – 2 ptg. (Isnin hingga Khamis), 12.15 tgh hari – 2.45 ptg (Jumaat) setrta hujung minggu dan (Negeri Sembilan) cuti umum.

2. Arboretum

frim-pasoh-arboretum frim-pasoh-arboretum

Arboretum Pasoh adalah merupakan satu kemudahan penyelidikan yang terdapat di SPF Pasoh. Dibangunkan pada tahun 1989 dan ditambahbaik pada tahun 2010, arboretum berkeluasan 2.2 ha mengandungi koleksi hidup tumbuhan berkayu (woody plants), yang sehingga kini mencatatkan sebanyak 874 pokok merangkumi 279 spesies daripada 44 families. Sebuah peta dan senarai nama spesies untuk kesemua 874 pokok beserta descriptions bagi sepuluh (10) spesies paling melimpah terdapat di pejabat. Arboretum ini adalah tapak latihan terbaik terutamanya kepada pelajar botani dan sains gunaan, juga pengunjung yang berminat untuk mempelajari kepelbagaian diversity pokok tempatan. Arboretum juga boleh digunakan sebagai tempat program latihan dan aktiviti sekolah.

3. Menara Aluminium

frim-pasoh-aluminium-tower frim-pasoh-aluminium-tower

Sebuah menara aloi kembar tiga – sistem titian silara telah dibina pada April 1992 hasil projek kerjasama diantara FRIM dan National Institute on Environmental Studies (NIES) of Japan. Sistem ini meliputi tiga menara tegak sendiri (freestanding towers) berketinggian 30m setiap satu dengan tangga individu disetiap seksyen. Ia diperbuat daripada kabel keluli dan saling berkait dengan laluan kanopi yang membentuk sebuah segitiga. Berwarna metalik, setiap menara berfungsi sebagai konduktor kilat yang berkesan.

Walaupun ianya digunakan secara meluas di Amerika Syarikat, tetapi ia merupakan satu-satunya yang terdapat di Malaysia. Sistem yang mengambil masa 10 hari untuk dipasang ini adalah sangat kompak dan mudah alih. Menara ini menyediakan kemudahan untuk kajian mikro iklim dan fisiologi seperti pemerhatian fenologi dan kajian fauna di pelbagai peringkat kanopi.

Salah sebuat menara telah dipanjangkan mencecah ketinggian 52m, lebih tinggi dari ketinggian kanopi pokok. Menara ini hanya dibenarkan digunapakai oleh para penyelidik kerana ia menempatkan pelbagai peralatan mikrometeorologi yang sensitif.

frim-pasoh-aluminium-tower frim-pasoh-aluminium-tower

Kebenaran untuk menaiki menara boleh diperolehi daripada pejabat pengurusan SPF Pasoh. KEsemua pengguna menara perlu mengikuti peraturan yang telah ditetapkan, dan ditemani oleh kakitangan SPF Pasoh.

4. Titian Silara

frim-pasoh-canopy-walkwayfrim-pasoh-canopy-walkway
Canopy walkway
Titian Silara adalah merupakan titian tergantung kayu sepanjang 475 m yang berhubung dengan salah sebuah menara aluminium. Malangnya disebabkan kematian dan kejadian pokok pengikat tumbang pada tahun 2008, sebahagian besar titian ini adalah tidak selamat untuk dinaiki. Walaubagaimanapun 160m pertama titian ini telah dibaikpulih pada tahun 2013 dan kini dibuka untuk pelawat.

Kebenaran untuk menaiki titian silara ini boleh diperolehi daripada pejabat pengurusan SPF Pasoh. Kesemua pengguna titian silara perlu mengikuti peraturan yang telah ditetapkan, dan ditemani oleh kakitangan SPF Pasoh.

5. Denai Alam

Nature Trails

Denai alam juga dikenali sebagai Denai Marina Wong telah dibangunkan sebagai denai pembelajaran bagi membolehkan pelawat melihat secara dekat keadaan hutan asli dan hutan regenerasi yang dimiliki oleh Hutan Simpan Pasoh. Dibina pada tahun 1970-an, Denai Alam sepanjang 2.7 km mempunyai 67 titik pemerhatian untuk pelawat melihat pokok-pokok yang unik, ciri-ciri dan proses hutan. Sebahagian titik pemerhatian ini telah ada sejak 30 tahun yang lalu. Maklumat pada setiap titik pemerhatian disediakan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Pengunjung boleh memilih untuk menikmati pemandangan sekitar denai secara bersendirian. Lawatan berpandu oleh kakitangan berpengalaman (atas permintaan) disediakan untuk perjalanan yang lebih berinformasi.

6. Plot kajian

frim-pasoh-denai-alam frim-pasoh-denai-alam

Plot Ekologi Kekal

Lima plot ekologi kekal bersaiz 2ha telah dibangunkan ketika projek UM-IBP. Semua pokok bersaiz 10 sm perepang dan ke atas di dalam plot kajian ini ditag, dikenalpasti dan dipetakan dan tumbesaran dan mortality pokok dipantau secara kerap. Sebuah menara kayu berketinggian 35 m telah dibina di sekeliling sebatang pokok Shorea leprosula di plot finology untuk membantu kajian mikroclimatic dan pamerhatian finologi. Walaubagaimanapun, menara ini tidak lagi digunapakai disebabkan kematian pokok penyokong menara ini.

Plot 50 ha

Pada tahun 1985, sebuah plot kekal 50 ha telah dibangunkan oleh FRIM dengan kerjasana National Science Foundation and the Smithsonian Tropical Research Institute. Semua pokok berukuran diameter 1cm perepang (dbh) dan keatas ditanda, dikenalpasti dan dipetakan. Data daripada plot demografi ini memberikan pengetahuan ke dalam pemahanan terhadap proses ekologi dan fungsi hutan hujan tropika dan memberikan informasi asas didalam menyokong kajian lain yang berkaitan. Plot 50 ha terletak lebih kurang 45 minit perjalanan secara berjalankaki daripada stesen utama sepanjang denai utama.

Prosedur Lawatan

Riadah

Individu atau kumpulan yang berhasrat untuk melawat SPF Pasoh perlu mendapatkan kebenaran lebih awal sebelum melawat. Untuk mendaftar, sila isi Borang Permohonan Lawatan manakala mereka yang ingin menginap perlu juga mengisi Borang Permohonan Penginapan. Permohonan perlu dihantar kepada pejabat kami (melalui email kepada cdfletch@frim.gov.my dan/atau ahmad_awang@frim.gov.my).

Kemudahan penginapan disediakan (sila rujuk seksyen fasiliti untuk maklumat lanjut) Harga sewa penginapan (seorang/sehari) adalah seperti berikut:

Jenis Kemudahan Kadar harian (RM) Kadar bulanan (RM)
sendiri Tajaan*
Asrama, SPF Pasoh
Kerajaan 20.00 200.00 400.00
Swasta 30.00
Pelajar 10.00
Berkhemah 5.00
Rumah Tetamu, Simpang Pertang
Kerajaan 30.00 250.00 500.00
Swasta 50.00
Pelajar 15.00

*Tajaan agensi/syarikat.

Sila hantarkan permohonan selewat-lewatnya SATU MINGGU sebelum tarikh lawatan untuk tujuan pentadbiran. Pelawat tidak akan dibenarkan memasuki kawasan SPF Pasoh tanpa kebenaran. Semua permohonan perlu dihantar kepada:

Ranjer Ahmad bin Awang
Pengurus SPF Pasoh,
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
Simpang Pertang, Kuala Pilah,
Negeri Sembilan.
No tel. bimbit: +6 013 640 0676
Email: ahmad_awang[at]frim[dot]gov[dot]my

Penyelidikan

Bagi penyelidik yang berhasrat untuk menjalankan penyelidikan di Hutan Simpan Pasoh,sila hantarkan Borang Permohonan Melawat, Borang Permohonan Menjalankan Kajian dan Kertas Cadangan Penyelidikan ringkas untuk dinilai. Jika anda berhasrat untuk membawa keluar sampel daripada kawasan SPF Pasoh, sila isi seksyen E pada Borang Permohonan Menjalankan Kajian (Borang Kebenaran Membawa Keluar Sampel).

Semua permohonan akan dimajukan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Penyelidikan Pasoh untuk kelulusan. Ahli Jawatankuasa akan bersidang empat (4) kali setahun. Para penyelidik dilarang untuk menjalankan penyelidikan di dalam Hutan Simpan Pasoh tanpa mendapat kebenaran. Semua permohonan perlu dihantarkan kepada:

Dr Christine Fletcher
Koordinator SPF Pasoh,
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
52109, Kepong, Selangor
Tel no. : +603 6279 7177
Fax no.: +603 6272 9852
Email : cdfletch[at]frim[dot]gov[dot]my

Program Pembelajaran

Sbarang pertanyaan berkaitan program pembelajaran, sila hubungi Koordinator SPF Pasoh di cdfletch@frim.gov.my dan sertakan maklumat lengkap dan objektif program.

SPF Pasoh sedang merangka pakej pembelajaran bagi tahun 2014. Sila lawati laman ini untuk maklumat terkini.

SPF Pasoh ditubuhkan untuk menjalankan penyelidikan dalam ekologi hutan tropika. Objektif utamanya adalah :

  1. Untuk mensintesis hasil penyelidikan yang boleh disesuaikan dan digunakan dalam pengurusandan usaha pemuliharaan hutan hujan tropika Pasoh.
  2. Untuk menggalakkan saintis dan pelajar termasuk tempatan dan luar negara menggunakan kemudahan yang disediakandan data yang dikumpul dalam mengendalikan kajian asas, susulan, penyelidikan bersepadu dan perbandingan di peringkat serantau dan global.
  3. Untuk menganjurkan kursus-kursus jangka pendek dalam bidang ekologi dan biodiversiti.

Berikut ialah bidang penyelidikan utama yang sedang dikaji di SPF Pasoh:


No Bidang Bidang tumpuan
1 Biodiversiti Sumber genetik dan kehidupan liar
2 Dinamik karbon Pemencilan karbon, kitaran nutrient dan keluaran hutan
3 Kesan Pembalakan di kawasan tadahan Hakisan tanah, kerosakan kawasan tadahan, penghutanan semula dan pemulihan tumbuh-tumbuhan persekitaran hutan mikro.
4 Dinamik, pemulihan dan penanaman hutan Proses pertumbuhan semulajadi selepas pembalakan dan hubungan dengan mikro persekitaran hutan.
5 Perubahan guna tanah dan sosio-ekonomi masyarakat tempatan. Penderiaan jarak jauh, nilai khidmat dan hasil ekosistem.

Senarai penyelidikan yang sedang dijalankan di SPF Pasoh:

  1. FRIM/CTFS/AA-HARVARD PASOH 50-HA PLOT RECENSUS
    1. Semua pokok berukuran 1 sm diameter paras dada (dbh) diukur, ditag dan dipetakan di dalam plot 50ha
  2. FRIM-CTFS/STRI CARBON INITIATIVE AND PLANT FUNCTIONAL TRAITS
    1. Woody debris
    2. Leaf litter
    3. Tumbesaran pokok (dendrometer)
  3. FRIM/CI/CTFS TROPICAL ECOLOGY ASSESSMENT AND MONITORING
    1. Pemantauan Vertebrata (camera traps)
    2. Pemantauan Vegetasi(6 x 1ha plots)
    3. Pemantauan Microclimate
  4. FRIM/CTFS SEED AND SEEDLING MORTALITY
  5. SOIL RESPIRATION – NIES
  6. GAS FLUXES – KYOTO
  7. CARBON BIOMASS – FFPRI
  8. WILDLIFE – HIROSHIMA


Sebarang pertanyaan berkaitan program pembelajaran, sila hubungi Koordinator SPF Pasoh di cdfletch@frim.gov.my dan sertakan maklumat lengkap dan objektif program.

SPF Pasoh telah merangka pakej pembelajaran bagi pelajar berumur 9-16 tahun serta belia. Program tersebut boleh dikendalikan oleh staf terlatih atas permintaan.
Educational program

Educational program

Borang Permohonan Melawat

Borang ini akan dimajukan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan dan Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah untuk tujuan kebenaran dan keselamatan

Borang Permohonan Mengutip Sumber Biologi dari Hutan Simpan Pasoh

Bagi penyelidik yang berhasrat untuk menjalankan penyelidikan di Hutan Simpan Pasoh, sila hantarkan Kertas Cadangan Projek. Sekiranya penyelidikan melibatkan pengumpulan sampel biologi, mohon mengisi BORANG PERMOHONAN MENGUTIP SUMBER BIOLOGI DARI HUTAN SIMPAN PASOH.

Borang Permohonan Projek Baru

Sekiranya penyelidikan melibatkan penubuhan plot fizikal atau infrstruktur, Protokol Operasi Standard PK(S).FRIM.14 Prosedur Penyelidikan SPF perlu dipatuhi dengan mengisi dan mengembalikan BORANG PERMOHONAN PROJEK BARU.

Borang Permohonan Penginapan

SPF PASOH terletak kira-kira 8km daripada Simpang Pertang di Negeri Sembilan. Bandar, pekan dan tempat berhampiran Simpang Pertang termasuklah Ulu Serting, Pertang, Kampong Penagu dan Kampong Gelang (N 02′ 58.142″, E 102′ 17.820″)

Sila layari pautan dibawah untuk melihat peta .
http://www.gomapper.com/travel/map-of/simpang-pertang.html

frim-pasoh-map-to

Terdapat beberapa laluan yang boleh diambil untuk sampai ke SPF Pasoh

Menggunakan Kereta

Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

KLIA > Menghala ke selatan di Lebuhraya Utara Selatan > Persimpangan Senawang > Kuala Pilah > Simpang Pertang. Masa perjalanan anggaran 1.5 jam.

Dari KUALA LUMPUR. Terdapat TIGA alternatif untuk sampai ke Simpang Pertang daripada Kuala Lumpur:

1. KUALA LUMPUR > Menghala ke selatan di Lebuhraya Utara Selatan > Persimpangan Senawang > Kuala Pilah > Simpang Pertang. Masa perjalanan anggaran 2.5 jam.

OR

2. KUALA LUMPUR > Menghala utara di Lebuhraya Karak > Persimpangan Karak > Persimpangan Simpang Pulai (1km daripada Pekan Karak di sebelah kanan) > Simpang Pertang. Masa perjalanan anggaran 2.5 jam.

OR

3. KUALA LUMPUR > > Menghala ke selatan di Lebuhraya Utara Selatan > Persimpangan Seremban > Persimpangan Kuala Klawang > Simpang Pertang. Masa perjalanan anggaran 2.5 jam.

Menggunakan teksi

Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

KLIA > Menghala ke selatan di Lebuhraya Utara Selatan > Persimpangan Senawang > Kuala Pilah > Simpang Pertang. Masa perjalanan anggaran 1.5 jam. Tambang anggaran RM 120.00

FROM KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR > Menghala ke selatan di Lebuhraya Utara Selatan > Persimpangan Senawang > Kuala Pilah > Simpang Pertang. Masa perjalanan anggaran 2.5 jam. Tambang anggaran RM 150.00
NOTA: Pelawat digalakkan memandu sendiri atau menyewa kenderaan untuk melawat SPF Pasoh kerana tiada pengangkutan awam yang boleh sampai terus ke SPF Pasoh


Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan Stesen Penyelidikan Luar FRIM Pasoh, sila hubungi:

Dr Christine Fletcher
Koordinator,
Stesen Penyelidikan FRIM Pasoh,
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
52109, Kepong, Selangor
Tel no. : +603 6279 7177
Fax no.: +603 6272 9852
Email : cdfletch[at]frim[dot]gov[dot]my

Rate this post

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast