Pensijilan Produk FRIM

Last modified: Oktober 24, 2017

Perkhidmatan Pensijilan Produk FRIM (FRIM PCS)

Perkhidmatan Pensijilan Produk FRIM (FRIM PCS) telah ditubuhkan pada bulan Jun 2013 dan diluluskan di bawah kuasa-kuasa khas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada    18 November 2014 sebagai tambahan kepada Akta 319 (1985) Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia). Matlamat utama FRIM PCS adalah untuk:

  1. Membantu industri tempatan untuk menghasilkan produk berkualiti secara konsisten
  2. Memastikan industri berasaskan kayu yang memenuhi spesifikasi yang diperlukan dan standard yang ditentukan oleh pihak-pihak berkepentingan dan pengguna, dan
  3. Membantu industri perabot berasaskan kayu dalam pembuatan produk berkualiti yang memenuhi standard seperti yang dituntut oleh pasaran tempatan dan antarabangsa

FRIM PCS menjalankan aktivitinya mengikut ISO/IEC 17065: Penilaian Pematuhan: keperluan untuk badan-badan yang mengesahkan produk, proses dan perkhidmatan. FRIM PCS telah diiktiraf sebagai badan pensijilan produk oleh Jabatan Standard Malaysia (DSM) pada 12 Disember 2014 di bawah skop akreditasi pensijilan perabot sekolah. Pengesahan FRIM PCS sebagai badan pensijilan diperlukan bagi memastikan integriti dan ketelusan dalam pelaksanaan skim pensijilan produk adalah terjamin.

FRIM PCS bekerjasama dengan Persatuan Pengusaha Industri Perabot Bumiputera Malaysia (PETRA) dalam penubuhan skim pensijilan produk berkaitan kerusi dan meja sekolah. Tujuh  pengeluar terpilih untuk projek perintis ini adalah syarikat-syarikat yang berdaftar dengan PETRA seperti berikut:-

  1. Yusia Jaya Sdn Bhd
  2. Mabita Sdn Bhd
  3. Smart Victory Sdn Bhd
  4. Adunan Komersil Sdn Bhd
  5. MS Zabki Sdn Bhd
  6. Ramaco Bena Sdn Bhd

Pada masa ini, kayu solid, panel dan produk bahan campuran adalah termasuk dalam skim pensijilan. Keutamaan skim pensijilan terletak pada keselamatan, kestabilan, ketahanan dan kekuatan seperti yang ditetapkan oleh pemegang taruh.

FRIM PCS memberi satu tanda jaminan kualiti dan penjenamaan ke atas produk berasaskan kayu-kayan negara bagi meningkatkan keyakinan pengguna, memudahkan proses pemantauan dan penerimaan produk di pasaran tempatan dan luar negara. Ini akan meningkatkan daya saing positif dan menjadi satu keperluan bagi pengeluar dan pembuat produk terutama keluaran tempatan.

Bagi syarikat pengeluar yang telah memperolehi sijil FRIM PCS, berhak menggunakan pelekat tanda pensijilan pada produk mereka. Produk perlu memenuhi keperluan ujian dan pelekat tanda pensijilan akan dikeluarkan berdasarkan pengeluaran mengikut batch.

Pelekat tanda pensijilan

Pelekat tanda pensijilan hendaklah digunakan seperti Gambar 1

Contoh pelekat tanda pensijilan FRIM PCS

Gambar 1 : Contoh pelekat tanda pensijilan FRIM PCS dan cara ditampal di meja sekolah

Pelekat tanda pensijilan tidak boleh digunakan pada produk tanpa kebenaran. Apabila pelekat  diimbas, ia hendaklah menunjukkan maklumat berikut:

  1. Nama Syarikat
  2. Alamat
  3. Nombor SSM Daftar
  4. Tarikh Sijil
  5. Tempoh Pensijilan
  6. Nombor Batch
  7. Tarikh Keluaran
  8. Jumlah pengeluaran mengikut batch

Tujuan kod QR adalah bagi mengesan semula pengeluar produk dan mereka bertanggungjawab kepada produk yang dihasilkan. Pelanggan boleh menggunakan pengimbas QR untuk mendapatkan maklumat dari kod QR untuk tujuan maklum balas. Semua maklum balas hendaklah dihantar kepada FRIM PCS untuk tindakan lanjut.

Visi

Menjadi badan pilihan serantau bagi pensijilan, pemeriksaan, pengesahan dan pengujian produk berasaskan hutan menjelang 2025.

Misi

Memberi perkhidmatan ujian, pemeriksaan, pengesahan dan pensijilan yang melangkaui jangkaan bagi operasi dan rantaian bekalan pelanggan melalui jaminan kualiti.

Polisi Kualiti FRIM PCS

Kami komited untuk memuaskan hati pelanggan dengan memberi perkhidmatan yang cekap dan dipercayai.

Aktiviti Utama

Fungsi utama PCS FRIM ialah:

  • Menjadi badan yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua skim pensijilan yang dikendalikannya.
  • Menyokong proses penetapan piawaian dengan berkhidmat sebagai sekretariat atau ahli kepada badan penetapan piawaian yang sesuai dalam merumuskan piawaian yang perlu pengesahan kualiti produk dan memantau di bawah kajian semula secara berkala.
  • Memproses permohonan  untuk FRIM PCS, pemberitahuan Perkhidmatan Pensijilan (CS) dan pengeluaran sticker yang mempunyai logo kepada produk yang telah diperakui.
  • Melaksanakan prosedur bagi penyiasatan dan penyelesaian pertikaian, aduan dan rayuan yang berkaitan dengan peranannya sebagai Perkhidmatan Pensijilan Produk.
  • Berhubung rapat dengan badan akreditasi kebangsaan dan organisasi pensijilan lain dalam hal-hal yang berkaitan dengan pengesahan kualiti produk.
  • Menyelaras dengan badan-badan kebangsaan, serantau dan antarabangsa yang berkaitan dengan pengesahan kualiti produk bagi memudahkan kerjasama dan peraturan pengiktirafan bersama.
  • Melaksana program untuk mempromosi dan memberi publisiti kepada FRIM PCS, di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Piagam Pelanggan

  • Memastikan laporan audit diteliti sepenuhnya dalam tempoh dua minggu setelah selesai audit.
  • Memastikan sijil dikeluarkan dalam tempoh enam minggu selepas selesai audit dan mesyuarat panel pensijilan.
  • Memastikan laporan rasmi (bertulis) pelanggan ditangani dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja.

Carta Organisasi

Proses Pensijilan

Certification Process

Permohonan

Untuk permohonan kali pertama, sila isi permohonan berikut:

Borang tersebut boleh dihantar melalui e-mel, faks atau mel kepada Bahagian Pemasaran PCS FRIM. Pemberitahuan keputusan permohonan akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja.

Garis Panduan Ringkas Permohonan Skim Pensijilan FRIM PCS

Download the PDF file .

Senarai Perabot Untuk:

KONTRAK MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG DAN MENYUSUN PERABOT SEKOLAH DI BAWAH SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)

Kategori : Solid

No Perabot Kod Perabot
1 Kerusi Murid Rendah BDR 1
2 Meja Murid Rendah BDR 2
3 Kerusi Murid Menengah BDM 3
4 Meja Murid Menengah BDM4
5 Meja Kerja KSM 1
6 Bangku Makmal  600 mm KSM 2
7 Bangku Makmal  500mm KSM 3
8 Meja Kantin PK 1
9 Bangku Kantin PK 2
10 Meja Perpustakaan PSP 1
11 Troli Buku PSP 7

Kategori : Panel

No Perabot

Kod Perabot

1 Meja Guru Berpedestal

BD 5

2 Gerobok

BD 7

3 Kabinet Serbaguna Berpintu 4S

BD 8

4 Rak Rendah Terbuka

BG 1

5 Kabinet Rendah Bercermin

BG 2

6 Kabinet Rendah Berpintu

BG 3

7 Meja Guru Karel Berpedastal

BG 4

8 Rak Fail

BG 6

9 Meja Utama

PP 1

10 Kabinet Tepi Pintu Bergelangsar

PP 2

11 Pedastal Mudahalih

PP 3

12 Meja Kerani

PP 4

13 Meja Jurutaip

PP 5

14 Meja Mesyuarat Besar Nyatoh

PP 6

15 Meja Mesyuarat Besar (Panjang) Nyatoh

PP 7

16 Meja Mesyuarat Besar (Pendek) Nyatoh

PP 8

16 Rak Fail Terbuka Serbaguna  (Rak Fail)

PP 9

17 Rak Fail Berpintu Serbaguna

PP 10

18 Rak Fail Terbuka Serbaguna

PP 11

19 Kabinet Fail Bertutup

PP 12

20 Rak Pigeon Hole 12S

PP 13

21 Kabinet Bahan-bahan Komputer

PP 14

22 Rak Buku Kedatangan pelajar

PP 15

23 Meja Pengetua

PP 16

24 Meja Mesyuarat Kecil

PP 17

25 Kabinet Kad Rujukan

PSP 2

26 Tetingkat Majalah

PSP 3

27 Kaunter Perpustakaan

PSP 5

28 Tetingkap Buku

PSP 6

29 Peti Jatuhan Buku

PSP 8

30 Meja Trapezium Rendah

PSP 9

31 Meja Trapezium Menengah

PSP 10

Kategori : Lain-lain

No Perabot

Kod Perabot

1 Kerusi Serbaguna Tanpa Sandaran Tangan

BD 6

2 Kerusi Serbaguna Dengan Sandaran Tangan

BG 5

3 Meja Peperiksaan (Meja Berlipat)

PD 1

4 Penyanggar Surat Khabar

PSP 4

Apakah Perkhidmatan Pensijilan Produk?
Perkhidmatan Pensijilan Produk adalah Audit pihak ketiga terhadap proses dan pengeluaran produk, untuk menilai tahap pematuhan proses dan produk terhadap keperluan piawaian yang ditetapkan. Ini akan membawa kepada pengiktirafan melalui penganugerahan Sijil untuk Kualiti Produk di bawah FRIM PCS.

Bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Perkhidmatan Pensijilan Produk FRIM (FRIM PCS) dan bagaimana FRIM PCS beroperasi?
Sila hubungi Pegawai kami di Badan Pensijilan Produk FRIM melalui maklumat berikut:-
Puan Mazdiana Mohd. Zain Email: mazdiana[at]frim[dot]gov[dot] Tel: 03 6279 7514
Cik Nur Elysa Shakira binti Othman Email:nurelysa[at]frim[dot]gov[dot] Tel: 03 6279 7730 / 0362797686

Berapakah kos yang perlu dibayar dalam usaha untuk mendapatkan Kualiti Pensijilan Produk?
Nilai kos yang perlu dibayar adalah bergantung pada bayaran permohonan, audit, tenaga pakar, yuran tahunan dan lain-lain kos berkaitan dengan pengurusan sijil.

No Peringkat Bayaran Perkhidmatan
1 Kelulusan permohonan sebut harga dan pengemukaan Permohonan dan Borang Perisytiharan Bayaran Permohonan
2 Setelah tamat Penilaian/Audit Pematuhan dan permulaan ujian produk Audit & Bayaran Ujian
3 Sijil diluluskan tetapi sebelum pengeluaran perakuan Bayaran Tahunan
4 Audit Pengawasan (12 bulan selepas perakuan) dan ujian produk Bayaran Audit Pengawasan, Ujian & Tahunan
5 Audit Pengawasan (24 bulan selepas perakuan) dan ujian produk Bayaran Audit Pengawasan, Ujian & Tahunan
6 Audit Pensijilan Semula (untuk kitaran pensijilan baru) Bayaran  Pensijilan Semula audit, ujian produk dan tahunan

Bagaimana saya memohon untuk mendapatkan Perkhidmatan Pensijilan Produk?

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Jualan dan Pemasaran di talian  03627973/7730 atau email FRIM_pcs[at]frim[dot]gov[dot]my

Waktu pejabat: 8.00 am – 5.00 pm (kecuali Sabtu, Ahad dan Cuti Umum)

Alamat:
Blok JKR 508, Jalan Jelutong
Perkhidmatan Pensijilan Produk FRIM (FRIM PCS)
Forest Research Institute of Malaysia (FRIM)
52109 Kepong
Selangor Darul Ehsan
Perhatian : Bahagian Pemasaran dan Jualan

Email: FRIM_pcs[at]frim[dot]gov[dot]
T : 603 62797732/7731/7730
F : 603 6270 1487 eMaklumbalas

5 (100%) 3 votes
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast