Kawasan Perkhemahan

Last modified: Oktober 11, 2017

Tapak perkhemahan Kem Perah merupakan kawasan yang sangat popular dalam membuat aktiviti secara berkumpulan. Kawasan seluas 300 meter ini boleh menempatkan 60 – 80 orang dalam satu-satu masa. Tapak perkhemahan ini dibina di kawasan terpencil lengkap dengan kemudahan yang diperlukan untuk aktiviti-aktiviti rekreasi luar. Antara kemudahan yang disediakan adalah tapak kem, dapur, dewan, chalet “A Hut”, tandas, bangku, obstacle run dan sebagainya. Di sini juga disediakan beberapa fasiliti untuk disewa seperti khemah, sleeping bag, teropong, kompas dan pelbagai lagi kelengkapan untuk aktiviti.

Kem Perah terletak di kaki bukit dengan dikelilingi oleh kehijauan pokok, ditambah dengan bunyi-bunyian hutan menjadikan kawasan ini amat sesuai bagi mereka yang inginkan pengalaman perkhemahan rimba yang sebenar.

Kem yang mula beroperasi pada Mei 2001 ini telah menerima ramai pengunjung dari dalam dan luar negara. Walaupun kem ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas untuk keselesaan pengunjung, namun ianya tidak mencacatkan pengalaman rimba pengunjung.

Kadar Sewaan dan Bayaran: Tapak Khemah:

No. Jenis sewa Sektor Bayaran Pegawai bertanggungjawab
1 Sewa tapak perkhemahan
Kemudahan : Tandas, dewan serbaguna, dapur, tempat BBQ & kawasan aktiviti
Gambar (PDF)
Pendidikan RM300 Sehari En Yazid Bin Nyan
Emel : frim_enquiry@frim.gov.my
No. Telefon Bimbit : 019-2204535
Sosial RM500 sehari
Korporat RM1,000 sehari
2 Sewa A-Hut
Kemudahan: Sleeping mats, kipas & soket elektrik
RM50.00 sehari
3 Sewa khemah (saiz: 4 orang) RM30 setiap unit/hari

Untuk maklumat sewaan, sila klik di sini.

Sila patuhi arahan Panduan Pelawat FRIM ketika menjalankan aktiviti di atas.

Pertanyaan:
Pusat Perkhidmatan Setempat FRIM (PPS)
Tel : 03-62797592 / 03-62797649
Fax : 03-62804619
E-mail : frim_enquiry@frim.gov.my
4.8 (96.67%) 18 votes
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast