Titian Silara

Last modified: Oktober 11, 2017

Kanopi TutupTerletak di Hutan Simpan Bukit Lagong dengan ketinggian  300 meter dari aras laut, titian yang menjadi tarikan utama ini telah dibina pada tahun 1992 untuk tujuan kajian saintifik flora dan fauna. Laluan titian sepanjang 150 meter ini digantung dari pokok ke pokok dengan ketinggian 30 meter dari aras tanah. Sistem titian dan pelantar ini memberikan pengalaman yang istimewa untuk pengunjung merasai dan menikmati pemandangan panorama di dalam hutan dan persekitaran Kuala Lumpur dari jarak jauh. Titian silara ini dibuka kepada orang ramai dari 9.30 pagi hingga 2.30 petang, masa terakhir untuk naik adalah pada 1.30 tengah hari. Titian akan ditutup pada hari Jumaat.

Titian tersebut ditutup mulai 13 Oktober 2015 kerana mengalami kerosakan teruk akibat ribut petir dan dibuka semula pada Julai 2016 selepas kerja-kerja pembaikan selesai dijalankan. Bagi memastikan keselamatan dan ketahanan sistem titian, FRIM mengurangkan bilangan pengguna daripada 250 orang kepada 60 sehari.

Untuk menyertai aktiviti ini, perkhidmatan jurupandu FRIM adalah diwajibkan untuk individu atau kumpulan. Seorang jurupandu (kos bayaran RM 127.20) hanya boleh membawa tidak lebih daripada 25 orang setiap kumpulan. Anda boleh berkongsi dengan pelawat lain (opsyen hanya pada 10.30 pagi dan 12.00 tengah.hari) ataupun mengambil jurupandu untuk kumpulan tersendiri.

Mereka yang berminat untuk melawat titian silara perlu membuat tempahan awal melalui emel kepada frim_enquiry@frim.gov.my sekurang-kurangnya sehari sebelum datang ke FRIM. Butiran yang diperlukan termasuklah nama penuh, bilangan orang dalam kumpulan, nombor telefon bimbit, tarikh lawatan dan masa ketibaan. Tempahan hanya boleh dibuat pada waktu bekerja sahaja iaitu dari Isnin sehingga Jumaat, jam 8.00 pagi sehingga 4.30 petang kecuali hari cuti umum.

Waktu operasi adalah tertakluk kepada keadaan cuaca semasa. Titian silara akan ditutup apabila hari hujan dan akan dibuka semula dalam tempoh dua jam selepas hujan berhenti. Semua pengunjung termasuk mereka yang ingin ke titian dinasihatkan untuk merujuk kepada Indeks Pencemaran Udara (IPU) (http://apims.doe.gov.my/v2/) sebelum datang ke FRIM. FRIM ingin mengingatkan orang ramai supaya tidak berjoging atau melakukan aktiviti luar yang lasak apabila bacaan IPU melebihi 100. Titian silara FRIM akan ditutup apabila bacaan IPU pada 7.00 pagi yang dipaparkan di laman web tersebut di atas melebihi bacaan 150 bagi Batu Muda, Kuala Lumpur.

Sila ambil maklum bahawa FRIM telah mengumumkan penutupan tetap titian silara mulai 30 Jun 2017. Pemeriksaan secara berterusan yang dibuat oleh arboris FRIM telah menunjukkan penurunan dalam kesihatan pokok-pokok yang mungkin menjejas keselamatan struktur titian tersebut. Oleh itu, dengan berat hati FRIM mengambil keputusan untuk menutup titian tersebut untuk selama-lamanya bagi tujuan keselamatan serta pemulihan pokok-pokok dan juga kawasan hutan berkenaan.

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan mulai 1 April 2015. Nombor pendaftaran GST FRIM adalah 000641753088.
Untuk informasi sewaan, sila klik di sini.
Pusat Informasi Pelawat (VIC) menguruskan perkhidmatan sewaan di FRIM.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi VIC melalui telefon: 03-62797592 / 03-62797649, fax: 03-62804619 atau emel: frim_enquiry@frim.gov.my.

4 (80.87%) 46 votes
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast