Warna-Warna FRIM

Last modified: Jun 2, 2014

Warna-Warna FRIM memaparkan pelbagai kejadian yang unik di FRIM yang sukar didapati di tempat lain.  Kekayaan fauna dan floranya menawarkan pelbagai rahsia untuk dikongsi.  Memandangkan keunikan tersebut hanya muncul buat seketika, pelawat digalakkan untuk menyemak laman sesawang kami dari semasa ke semasa agar tidak ketinggalan untuk menyaksikan sendiri fenomena ini.

  • Mesua ferrea: Pokok ubatan, hiasan menawan

    Dikenali sebagai penaga lilin, Ceylon ironwood, Indian rose chestnut atau cobra’s saffron, Mesua ferrea tergolong dalam famili Calophyllaceae. Pokok ini didapati di Sri Lanka, India, selatan Nepal, Burma, Thailand, Indochina, Filipina, Malaysia dan Sumatera; tumbuh di dalam hutan malar hijau terutama di lembah-lembah sungai. Di Himalaya dan India pokok ini... Read more →

  • Eusideroxylon zwageri: Pokok rasmi Negeri Sarawak

    Pokok belian (Eusideroxylon zwageri) merupakan sejenis pokok kayu keras yang bukan tergolong dalam kumpulan dipterokarpa. Pokok ini merupakan ahli famili Lauraceae. Pokok belian tumbuh dengan perlahan dan mengambil masa sehingga 120 tahun untuk mencapai garis pusat 30 cm. Walau bagaimanapun, anak benihnya mudah bercambah di persekitaran yang sesuai. Pokok ini... Read more →

  • Kelumpang burung: Makanan haiwan liar yang berwarna ranggi

    Sterculia parviflora merupakan spesies pokok dalam famili Sterculiaceae. Ia juga dikenali sebagai kelumpang burung kerana buahnya amat digemari oleh kebanyakan burung. Sterculia berasal dari perkataan Sterculius (Raja Kompos) dalam mitologi Roman, yang merujuk kepada aroma bunga yang kurang menyenangkan bagi genus ini. Sterculia parviflora dikatakan sebagai salah satu daripada pokok... Read more →

  • Bertholletia excelsa: Kacang brazil yang tahan lasak

    Kacang brazil atau nama saintifiknya Bertholletia excelsa berasal daripada Amerika Selatan. Pokok ini tergolong dalam keluarga Lecythidaceae dan satu-satunya spesies dalam genus Bertholletia, oleh itu disebut sebagai “monotip”. Pokok ini berasal dari Guianas, Venezuela, Brazil, timur Colombia, timur Peru dan timur Bolivia dan tersebar hingga ke hutan besar dari Amazon,... Read more →

  • Pithecellobium bubalinum: Kerdas, pembuka selera

    Kerdas atau Pithecellobium bubalinum merupakan pokok saka yang besar dan rendang yang tergolong dalam famili Fabaceae. Biasanya tumbuh liar di hutan, pokok ini boleh tumbuh sehingga 25 m tinggi. Di sesetengah kawasan di Malaysia, Pithecellobium bubalinum juga dikenali dengan nama genuak. Pokok kerdas hidup di kawasan tropika terutama di kawasan... Read more →

  • Hopea odorata: Penerbangan biji benih bersayap dua

    Hopea odorata atau merawan siput jantan juga dikenali dengan pelbagai nama tempatan lain yang menarik seperti cengal pasir, cengal kampung, cengal pulau dan cengal mas. Melihat kepada nama tempatan yang diberikan, H. odorata sebenarnya termasuk dalam famili yang sama dengan pokok cengal (Neobalanocarpus heimii) iaitu kaum Dipterokarpa. Hopea odorata tersebar... Read more →

  • Syzygium campanulatum: Tabir penghadang yang cantik

    Syzygium campanulatum tergolong dalam famili Myrtaceae atau kaum jambu. Ia berasal dari Asia Tenggara dan sangat popular sebagai tanaman landskap bandar kerana ketahanan dan kebolehan adaptasinya. Dikenali juga sebagai kelat paya, spesies ini mudah ditanam sama ada sebagai pokok, pagar atau dijadikan topiari. Syzygium campanulatum mengeluarkan pucuk-pucuk daun merah jambu... Read more →

  • Ziziphus mauritiana: Buah kecil yang enak

    Ziziphus mauritiana yang juga dikenali sebagai bidara, Chinese apple, jujube, Indian plum atau masau tergolong dalam famili hamnaceae dan berasal dari rantau Indo-malaya. Pokoknya sehingga 15m tinggi, dengan silara yang mengembang, berduri stipular dan mempunyai dahan-dahan yang berjuntaian. Buahnya dalam pelbagai bentuk, agak ranum dan beraroma yang menyenangkan serta boleh... Read more →

  • Dryobalanops oblongifolia: Hamparan anak-anak keladan

    Dryobalanops oblongifolia atau keladan merupakan spesies daripada famili Dipterocarpaceae, berhubungan rapat dengan kapur atau Dryobalanops aromatica yang merupakan sumber penting kapur barus. Nama spesies oblongifolia merujuk kepada bentuk daunnya (oblongus = agak panjang dan folium = daun) sementara aromatica merujuk kepada ciri beraroma pokok kapur. Kayu balak daripada keladan sederhana berat dan didagangkan dalam kumpulan kapur. Ia digunakan untuk... Read more →

  • Gelam lintah: Bunga setelah sedekad

    Hopea helferi ialah spesies pokok hutan dalam keluarga Dipterocarpaceae. Habitat semula jadinya ialah hutan lembap dan di sepanjang sungai. Dicatatkan bahawa taburannya meluas di India, Myanmar, Kemboja, Thailand dan Malysia. Spesies ini disenaraikan dalam Senarai IUCN sebagai terancam. Nama tempatannya ialah giam lintah bukit. Pokoknya bersaiz sederhana dan boleh mencapai... Read more →

  • Mangifera gedebe: Si Masam Tegar

    Mangifera gedebe tergolong dalam famili mangga dan taburan asalnya ialah Jawa Barat, Sumatera and timur Borneo. Secara tempatan ia dikenali sebagai kedepir, gedepir atau repeh. Buahnya hanya boleh dimakan waktu ia muda dan rasanya sangat masam. Apabila masak, isinya sangat nipis dan keras. Kayu pokok ini digunakan secara tradisi dalam pembuatan rumah, terutamanya untuk dinding di bahagian timur... Read more →

  • Buah pala daun kubis: Buah ranum makanan si burung

    Horsfieldia superba atau buah pala daun kubis  adalah tergolong dalam keluarga Myristicaceae atau buah pala. Nama tempatan lebih dikenali sebagai penarahan. Saiz pokok  adalah sedang ke besar dan boleh mencecah sehingga 30 m tinggi.  Daunnya  sangat besar, berbentuk eliptik, dan kelihatan seperti berkarat. Batangnya lurus, kulit merekah lurus atau retak.... Read more →

  • Xanthostemon chrysanthus: Jambu kuning penyeri laman

    Xanthostemon chrysanthus atau golden penda tergolong dalam famili Myrtaceae. Dikenali juga sebagai jambu kuning dalam kalangan masyarakat tempatan, spesies ini berasal dari bahagian utara Australia, New Guinea, Indonesia dan Filipina. Xanthostemon chrysanthus merupakan sejenis pokok bersaiz sederhana yang boleh mencapai 30 m tinggi di kawasan semula jadinya, tetapi biasanya lebih... Read more →

  • Upuna borneensis: Pokok monotip yang terancam

      Upuna borneensis merupakan sejenis pokok monotip yang bermaksud hanya terdapat satu spesies tunggal dalam genus ini. Spesies kaum damar ini endemik kepada Borneo dan lebih dikenali sebagai penyau, resak atau upun batu. Upuna borneensis merupakan pokok besar dengan banir yang agak gempal dan pendek. Batang pokok berwarna perang gelap,... Read more →

  • Jelutong : Pemandangan salji di FRIM

    Jika angsana terkenal dengan hamparan kuningnya, jelutong Dyera costulata yang berbunga pula menghamparkan permaidani putih. Bumi di bawah jelutong yang berbunga seperti dilitupi salji oleh bunga putih kecil nan wangi memberikan satu pemandangan seperti di musim sejuk yang indah. Bunga yang gugur tidak bertahan lama di lantai hutan dan dengan... Read more →

  • Samanea saman: Pokok-pokok hujan-hujan berbentuk payung

    Samanea saman atau pokok hujan-hujan berasal daripada Amerika Selatan dan mula-mula ditanam di Tanah Melayu pada tahun 1876. Spesies ini telah diperkenalkan untuk penanaman di kawasan bandar seawal tahun 1900’an dan sehingga kini masih popular ditanam terutamanya  di pinggir-pingir jalan dan lebuhraya. Di FRI Kepong, pokok hujan-hujan mula ditanam dalam... Read more →

  • Si jambul cicit

    Polyalthia stenopetala (Annonaceae) merupakan sejenis pokok renek atau sederhana besar yang boleh mencapai ketinggian sehingga 10 m. Spesies ini merupakan spesies hutan tanah pamah yang biasa dijumpai di seluruh Semenanjung Malaysia kecuali Perlis dan Pulau Pinang. Kulit kayu dalaman pokok ini biasanya berwarna coklat dengan jalur-jalur pucat berbentuk baji serta... Read more →

  • Shorea hemsleyana: Meranti daun besar yang hampir pupus

    Shorea hemsleyana (meranti daun besar) merupakan ahli kumpulan meranti merah kaum Dipterocarpaceae yang dijumpai di hutan-hutan paya. Ukur lilit pokok ini biasanya kurang daripada 2 m tetapi kadangkala ia boleh menjangkau sehingga 2.5 m. Bentuk daunnya bujur tirus atau bujur membulat, saiznya kadang-kadang sehingga 35 x 15 cm, kasar dengan... Read more →

  • Bungor : Merah daun sebelum gugur

    Lagerstroemia floribunda yang dikenali sebagai Thai crape myrtle atau bungor kedah berasal daripada kawasan tropika Asia Tenggara. Bungor tergolong dalam kumpulan Lythraceae, yang juga termasuk pokok inai dan delima. Genus ini dinamakan bersempena ahli botani Sweden, Magnus von Lagerstroem (1691-1759). Bunganya yang cantik mempunyai sifat hermaprodit iaitu mempunyai kedua-dua organ... Read more →

  • Susun atur silara : meranti belang

    Fenomena “crown-shyness” atau “malu-malu silara” seperti yang di maklumi oleh warga FRIM dan pelawat umum, terbentuk dari kelompok dirian spesies kapur atau Dryobalanops aromatica dan mudah dilihat di Denai Salleh, FRIM. Populasi pokok-pokok kapur di kampus FRIM ini ditanam seawal tahun 1950’an. Fenomena “malu-malu silara” yang sangat jelas dan cantik ini juga didapati terbentuk... Read more →

  • Kolam berbunga emas, menggamit pandangan

    Aurum dalam bahasa Latin bermaksud emas, dan aureus, keemasan. Sebagaimana dibayangkan oleh nama sainsnya Utricularia aurea spesies ini berbunga kuning keemasan. Utricularia aurea yang juga dikenali sebagai rumpai ekor kucing atau rumpai ekor kuning ini adalah salah satu daripada tiga spesies utricularia terapung di Semenanjung Malaysia, dan yang paling biasa dijumpai. Ia tumbuh di... Read more →

  • Penaga lilin: Si pokok ubatan, hiasan menawan

    Dikenali sebagai penaga lilin, Ceylon ironwood, Indian rose chestnut atau cobra’s saffron, Mesua ferrea tergolong dalam famili Calophyllaceae. Pokok ini didapati di Sri Lanka, India, selatan Nepal, Burma, Thailand, Indochina, Filipina, Malaysia dan Sumatera; tumbuh di dalam hutan malar hijau terutama di lembah-lembah sungai. Di Himalaya dan India pokok ini... Read more →

  • Swietenia macrophylla : Mahogani daun besar

    Mahogani merupakan sejenis pokok separa-malar hijau yang menggugurkan hampir kesemua daun-daunnya pada satu masa sementara daun baru mula keluar. Pada masa ini, Swietenia macrophylla, atau mahogani jenis berdaun besar boleh dilihat sedang menggugurkan daunnya dan boleh dilihat di pinggir Jalan FRI, jalan masuk utama ke FRIM. Pada hari yang berangin,... Read more →

  • Bidara emping: Penyeri Taman

    Bidara emping atau nama saintifiknya Arytera littoralis merupakan pokok malar hijau yang kecil namun boleh mencapai ketinggian 10-13 m. Pokok rimbun dengan silara yang membulat ini sering digunakan sebagai tanaman hiasan di taman-taman awam, kawasan rekreasi dan tempat letak kereta. Taburan semula jadi Arytera littoralis adalah di hutan primer dan... Read more →

  • Azadirachta excelsa: Berguguran daun menanti bunga

    Sentang atau Azadirachta excelsa ialah sejenis pokok besar sehingga 50 m tinggi, diameter batangnya boleh mencecah 125 cm dan tanpa banir. Sentang merupakan ahli famili Meliaceae dan didapati secara semula jadi di Borneo (Sabah, Sarawak dan Kalimantan), Sulawesi, Papua New Guinea dan Filipina (Mindoro dan Palawan). Batang pokok sentang yang... Read more →

  • Andira inermis : Mekar bunga tunjuk ke langit

    Barringtonia acutangula (Lecythidaceae) ialah sejenis pokok renek atau kecil yang boleh mencapai ketinggian hingga 12 m. Biasanya, spesies ini tumbuh di sepanjang sungai-sungai dataran pinggir sungai yang lembab atau di tebing sungai serta kawasan berpaya, dan kadang-kadang boleh didapati di kawasan berketinggian sehingga 400 m. Taburan spesies ini agak luas,... Read more →

  • Barringtonia reticulata: Putat hutan penuba ikan

    Barringtonia reticulata (Lecythidaceae) ialah pokok renek atau kecil yang mencapai ketinggian sehingga 10 m. Spesies ini boleh didapati di Sumatera, Kepulauan Riau dan Lingga, Karimata dan kepulauan Anambas, Malaysia, Filipina dan tenggara Sulawesi. Di Semenanjung Malaysia, ia direkodkan di Melaka dan Johor sahaja, oleh itu status pemuliharaannya adalah dalam kategori... Read more →

  • Limnonectes laticeps: Penghuni di air jernih

    Limnonectes laticeps, sejenis spesies katak kecil daripada keluarga Dicroglossidae boleh didapati di anak sungai cetek di dalam hutan. Selalunya, katak ini boleh dilihat dengan mudah di dalam lopak cetek, di kawasan resapan air berhampiran sungai dan hutan paya air tawar. Katak ini telah direkodkan dari kawasan tanah rendah sehinggalah sekurang-kurangnya... Read more →

  • Barringtonia acutangula: Putat kecil berbunga comel.

    Barringtonia acutangula (Lecythidaceae) ialah sejenis pokok renek atau kecil yang boleh mencapai ketinggian hingga 12 m. Biasanya, spesies ini tumbuh di sepanjang sungai-sungai dataran pinggir sungai yang lembab atau di tebing sungai serta kawasan berpaya, dan kadang-kadang boleh didapati di kawasan berketinggian sehingga 400 m. Taburan spesies ini agak luas,... Read more →

  • Bayabusua clarkei: Bintang kecil di halaman FRIM

    Siapa yang pernah terfikir bahawa di hutan berhampiran titian silara FRIM terdapat satu tumbuhan yang sangat istimewa? Bayabusua clarkei (King) W. J. de Wilde, merupakan salah satu genus tumbuhan yang monotip dan endemik kepada Semenanjung Malaysia, iaitu terdapat hanya satu spesies dalam genus ini dan ia tidak boleh didapati di... Read more →

  • Shorea singkawang merah: Sumber alternatif kacang illipe

    Shorea singkawang atau nama tempatannya meranti sengkawang merah tergolong dalam Kumpulan Meranti Merah, famili Dipterocarpaceae. Spesies ini boleh didapati di Semenanjung Thailand, Semenanjung Malaysia dan Sumatera. Di Semenanjung Malaysia, spesies ini boleh didapati di hutan pamah dipterokarpa dan tanah lembap berhampiran sungai atau kawasan yang bersaliran baik. Ia juga boleh... Read more →

  • Dendrocalamus giganteus: Buluh gergasi berbunga langka

    Buluh merupakan tumbuhan daripada kumpulan rumput dalam famili Poaceae dan subfamili Bambusoideae. Dendrocalamus giganteus yang terdapat di FRIM merupakan spesies buluh yang paling tinggi di dunia. Buluh ini dikenali sebagai buluh gergasi atau buluh naga. Rumpunan gergasi ini berasal dari Myanmar, Bhutan, China dan Thailand. Buluh merupakan salah satu daripada... Read more →

  • Aglaia korthalsii: Harum bunga si langsat ungka

    Aglaia korthalsii merupakan ahli kaum Meliaceae. Dari segi saiz, spesies ini adalah kecil atau bersaiz sederhana, mencapai ketinggian 26 m, ukuran diameter 70 cm dan mempunyai banir segi tiga. Batang pokok pucat kemerah-merahan atau gelap perang kemerah-merahan atau merah jambu coklat atau oren coklat. Habitat spesies ini termasuklah hutan primer,... Read more →

  • Hutan “bunga api” selepas hujan ribut

    Orkid Bulbophyllum vaginatum berkembang dengan sekelompok filamen bunga yang berwarna krim, persis bunga api. Berasal dari family Orchidaceae, gugusan bunga orkid ini boleh membesar sehingga 12 cm. Spesies ini sesuai dengan udara yang panas serta berkelembapan tinggi. Ia juga menggemari persekitaran yang separa bertutup, sebab itulah kita sering dapat melihat... Read more →

  • Peltophorum pterocarpum: Jemerlang si kuning membara

    Peltophorum pterocarpum mempunyai taburan yang meluas di seluruh dunia dan berpusat di kawasan tropika Asia Tenggara, dari Sri Lanka di barat, Indo-china di utara, keseluruhan kawasan Malesia sehingga ke utara Australia di selatan. Di Malaysia, asalnya pokok ini hidup di pantai berpasir atau berbatu dan kadangkala terdapat di kawasan bukit... Read more →

  • Pokok Kapur : Susun Atur di Langit

    Kapur merupakan spesies pokok kayu balak Asia Tenggara. Taburannya terhad kepada Sumatera, Semenanjung Malaysia dan Borneo, sering tumbuh secara berkelompok di tanah bersaliran baik di kawasan lereng bukit. Kapur amat terkenal dengan corak “susun suai” di langit, iaitu suatu fenomena semula jadi yang terhasil daripada silara pokok-pokok kapur yang tidak... Read more →

  • Kelat Nenasi: Idaman serangga penghisap madu

    Syzygium zeylanicum atau pernah dikenali sebagai Eugenia spicata tergolong dalam famili Myrtaceae, kumpulan pokok jambu, dan dikenali dengan nama tempatan kelat nenasi atau gelam tikus. Spesies ini boleh ditemui di kawasan pantai, pinggir sungai, dan hutan sekunder, namun jarang didapati di kawasan hutan pergunungan. Syzygium zeylanicum merupakan sejenis pokok renek... Read more →

  • Shorea sumatrana: Balak berat pelbagai guna

    Shorea sumatranamerupakan spesies pokok hutan yang tergolong dalam famili Dipterocarpaceae. Pokok balak yang bersaiz besar ini mempunyai taburan yang meluas di sekitar Sumatera, Thailand dan Semenanjung Malaysia, terutamanya di pantai timur. Pokok ini biasanya tumbuh dengan subur di kawasan lembah dan sedikit berpaya serta di sepanjang tebing sungai. Shorea sumatrana... Read more →

  • Lang kuik: Sang pemburu ular

    “Crested Serpent Eagle’ atau Spilornis cheela mendapat namanya daripada sifatnya sebagai pemangsa yang memakan ular, haiwan merayap, tikus, reptilia dan burung-burung kecil. Perkataan ‘serpent” berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud ular atau binatang yang merayap. Dikenali sebagai lang kuik dalam bahasa tempatan, burung ini boleh mencapai saiz sehingga 74 cm.... Read more →

  • Sentul : Buah berkhasiat yang semakin dilupai

    Pokok sentul atau kecapi merupakan pokok hutan yang tergolong dalam kategori pokok buah-buahan nadir di Malaysia. Pokok ini semakin jarang ditemui dan ramai dalam kalangan generasi muda tidak lagi mengenalinya. Sentul atau nama saintifiknya Sandoricum koetjape tergolong dalam famili Meliaceae seperti pokok rambai, langsat dan sentang. Pokok yang sederhana besar... Read more →

  • Kulat berkembang: Warna warni selepas hujan

    Musim kulat berkembang di FRIM telah bermula. Selalunya, setiap tahun dari hujung Februari hingga Mac dan Ogos hingga September, sporokarpa kulat atau cendawan akan berkembangan di laman FRIM. Sekarang ini bulan Julai, dan agak awal untuk musim cendawan, tetapi lihatlah di lantai hutan. Anda akan dapat menyaksikan pelbagai spesies cendawan... Read more →

  • Careya arborea :Berguna kepada manusia dan haiwan

    Careya arborea merupakan salah satu ahli keluarga Lecythidaceae. Spesies ini boleh didapati di Afghanistan, Kepulauan Andaman, India, Myanmar dan utara Semenanjung Malaysia (Perlis dan Kedah). Putat kedang merupakan nama tempatan spesies berdaun luruh ini yang boleh mencapai ketinggian 25 m. Pelbagai bahagian pokok ini digunakan dalam perubatan Ayurvedik di India... Read more →

  • Kasai: Cantik dipandang, enak dimakan

    Kasai atau Pometia pinnata dikenali juga sebagai matoa di Indonesia dan tava di Samoa. Pokok hutan ini tergolong dalam tumbuhan besar yang mana ketinggiannya boleh mencapai sehingga 18 m dan diameter batangnya sehingga 100 cm bergantung pada keadaan persekitaran lokasi pokok kasai tumbuh. Pokok ini tumbuh dengan baik di kawasan... Read more →

  • Jelutong: Pokok getah tempatan

    Di kampus FRIM terdapat satu jalan utama yang dinamakan bersempena pokok jelutong. Banyak pokok jelutong boleh dlihat di kiri dan kanan jalan tersebut. Jelutong atau Dyera costulata tergolong dalam famili Apocynaceae. Pokok ini amat mudah dikenali melalui daun-daunnya yang tersusun berkelompok cara “terminalia” atau berpecah menjadi cabang baru daripada hujungnya.... Read more →

  • Limpatu: Kegemaran sang tupai

    Buah limpatu atau Prainea limpato var. longipedunculata sangat digemari oleh haiwan kerana rasanya yang sangat manis dan baunya wangi seperti pisang. Pokok limpatu berhampiran tempat letak kereta bangunan D4 sering dikunjungi oleh tupai yang memakan buahnya sehingga hanya tinggal setangkai semenjak pokok ini berbuah pada awal Jun 2012. Limpatu merupakan... Read more →

  • Bunga putat harum serangkai

    Barringtonia macrostachya atau lebih dikenali sebagai putat oleh masyarakat tempatan merupakan spesies di lapisan bawah hutan (understorey tree) dan terdapat di hutan primer dan sekunder. Ia biasanya ditemui tumbuh di sepanjang tepi sungai, berbukit, lembah-lembah dan kawasan yang berpaya. Taburannya sangat meluas, dari China, Vietnam, Myanmar, Thailand, Semenanjung Malaysia, Sumatera,... Read more →

  • Pokok Sengkuang: Sumber kayu yang berguna

    Dracontomelon dao atau pokok sengkuang tergolong dalam famili Anacardiaceae, sama seperti pokok mangga. Secara komersial, pokok ini juga dikenali sebagai Pacific walnut. Pokok ini dijumpai secara semula jadi di kawasan sungai dan hutan batu kapur di Cambodia, China, India, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Papua New Guinea, Filipina, Kepulauan Solomon dan Thailand.... Read more →

  • Engkabang : Mentega daripada hutan

    Shorea macrophylla ialah spesies kaum damar Borneo Utara, yang lebih dikenali dengan nama tempatan sebagai kawang, engkabang jantung, kawang jantung dan tengkawang hantelok. Saiz pokok spesies ini sederhana hingga besar dan dicatatkan pernah mencecah 50 m tinggi dan berukur lilit sepanjang 4 m di Brunei. Spesies ini merupakan kayu yang... Read more →

  • Pokok Melaka, Pokok legenda

    Sejarah Melayu menceritakan bahawa Parameswara sedang berehat di bawah sepohon pokok Melaka bila melihat anjing-anjing pemburunya ditendang oleh seekor pelanduk. Melihat keberanian pelanduk tersebut beliau mengambil keputusan untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai petempatan sehingga menjadi sebuah negeri di Malaysia hari ini. Pokok Melaka juga dikenali sebagai Indian gooseberry atau Phyllanthus... Read more →

  • Merah jambu penyeri taman Tabebuia pentaphylla

    Tabebuia pentaphylla berasal daripada Amerika Tengah dan benua Amerika Selatan. Pokok ini sering ditanam sebagai tanaman pinggiran jalan dan juga sebagai pokok hiasan taman. Di Malaysia, Tabebuia pentaphylla juga dikenali sebagai pokok “Cherry Blossom” Pulau Pinang kerana bunganya yang sangat lebat seolah-olah bunga sakura Jepun yang mekar pada musim bunga.... Read more →

  • Putat : si-pengembara laut

    Barringtonia asiatica (famili Lecythidaceae) atau nama tempatannya putat laut merupakan spesies pantai.  Buahnya yang boleh terapung menyebabkannya senang tersebar ke pulau-pulau dan juga pantai.  Spesies ini boleh mencapai ketinggian sehingga 30 m dan selalunya mempunyai dahan bercabang.  Kayunya digunakan dalam kerja pembinaan dan pembuatan kanu.  Dalam perubatan tradisi, daun muda... Read more →

  • Buah ceri Terengganu yang masak ranum

    Perupok atau nama saintifiknya Lepisanthes alata merupakan sejenis pokok rendang yang sederhana tinggi dan boleh mencapai ketinggian sehingga 10 meter. Pokok yang berasal dari Asia Tenggara ini mempunyai taburan yang meluas di Semenanjung Malaysia, Jawa, Borneo dan Filipina dan biasanya dijadikan sebagai pokok hiasan landskap di taman. Pokok perupok juga... Read more →

  • Temak batu dari Langkawi

    Shorea siamensis  atau temak batu merupakan ahli kaum dipterokarpa yang mudah didapati di Pulau Langkawi. Pokok yang menyesuaikan dirinya dengan keadaan kering atau “xerophilous” ini dijumpai juga di Myanmar, Indochina dan Thailand. Biasanya dalam keadaan terbantut, pokok ini mempunyai ukurlilit kurang daripada 1m. Spesies ini jarang digunakan untuk tujuan komersial di Semenanjung Malaysia kerana... Read more →

  • Pisang-pisang batu daripada Hutan

      Alphonsea maingayi merupakan ahli kaum Annonaceae. Spesies ini merupakan spesies asal Semenanjung Malaysia dan boleh didapati di Perak, Negeri Sembilan, Pahang dan ke selatan semenanjung. Biasa dikenali sebagai pisang-pisang batu, pepisang bukit, mengkudang atau terbak, pokok ini bersaiz sederhana dengan kulit kayunya berwarna hitam dan bercabang rendang. Ranting-ranting serta... Read more →

  • Dan bila Tongkat Ali berbuah..

    Minuman herba tongkat ali sudah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia, namun ramai yang tidak pernah melihat pokoknya. Nama saintifiknya Eurycoma longifolia (famili Simaroubaceae) menjelaskan serba sedikit mengenai cirinya. Dalam bahasa Yunani, “eurys” bermaksud lebar dan “come” bermaksud jambak, maka gabungan nama genus Eurycoma merujuk kepada tabiat tongkat ali iaitu... Read more →

  • Hamparan kuning angsana

    Pterocarpus indicus ialah spesies daripada kaum Fabaceae. Dikenali sebagai angsana atau sena, pokok ini amat sesuai ditanam untuk memberi teduhan. Merupakan antara spesies terawal yang diperkenalkan untuk tanaman bandar lewat 1800’s, pada masa ini sena masih popular ditanam di pinggir-pingir jalan, taman-taman dan kawasan terbuka. Sena mula-mula ditanam di kampus... Read more →

  • Red flushes of Terengganu ebony

    15 March 2012 (Thursday) – Kayu arang or Diospyros terengganuensis shared the same genus as persimmons, Diospyros kaki. This particular species originated from Terengganu and belongs to the family Ebenaceae. The dark colour of the trunk earned the name of the local ebony. The attractive red flushes of the new... Read more →

  • Pekaka Rimba Besar

    Pekaka Rimba Besar merupakan salah satu spesies yang hampir terancam yang boleh didapati di FRIM. Langkah perlahan-lahan ke dalam denai alam dan kita mungkin boleh melihat burung yang berwarna terang dan menarik ini terutamanya di kawasan Kem Perah dan Rover Track, kawasan yang bersebelahan dengan hutan simpan Bukit Lagong. Pekaka... Read more →

  • Durian untuk santapan burung dan tupai

    Semua orang kenal durian. Namun, ramai yang belum tahu tentang Durio griffithii atau durian tupai yang tergolong dalam famili Malvaceae, kaum pokok durian. Selain Semenanjung Malaysia, spesies ini juga boleh ditemui di selatan Thailand, Sumatera dan Borneo. Durian tupai yang sedang berbunga dan berbuah boleh dilihat di Arboretum Dipterokarpa. Buahnya kecil, sehingga... Read more →

  • Berus bedak dan saputangan dari enam enam

    Maniltoa browneoides, merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang bersaiz sederhana dan boleh membesar sehingga 25 meter. Pokok yang rendang ini merupakan tumbuhan landskap yang menarik dan turut berfungsi sebagai pokok teduhan. Pada kebiasaannya pokok ini ditanam di kawasan taman-taman awam, rekreasi, persekitaran padang golf dan kawasan parkir kenderaan. Pokok ini... Read more →

  • Amesiodendron berpucuk merah jambu

    Amesiodendron chinense ialah pokok yang sederhana tumbesarannya, bersilara bulat dan berdaun lebat. Tergolong dalam famili Sapindaceae atau rambutan dan boleh ditemuidi lembah-lembah hutan bukit dipterokarpa antara ketinggian 300–400 m a.p.l , di utara Semenanjung Malaysia, termasuk Kedah, Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Taburannya dari China Selatan merentasi Indo-Chinake Semenanjung... Read more →

  • Pokok-pokok balak sedang berbunga di FRIM

    Hopea subalata ialah spesies pokok kaum Dipterokarpa. Spesies ini bersifat endemik yang bermaksud hanya ditemui di satu habitat, iaitu di Hutan Simpan Kanching, Selangor. Hutan Simpan Kanching terletak di penghujung rabung kuartzit Klang Gates, salah satu rabung kuarza daratan yang terpanjang di dunia. Kerana lokasi endemismnya, spesies ini dinamakan merawan... Read more →

  • Melapi berbunga di FRIM

    Shorea agamii ialah spesies daripada famili Dipterocarpaceae. Ia dinamakan sempena J. Agama, pegawai hutan di Jabatan Perhutanan Sabah. Terdiri daripada subsp. agamii dan subsp. Diminuta, “diminuta” adalah perkataan Latin untuk “dijadikan kecil”. Ini merujuk kepada daun-daun kecil subspesies. ini. Shorea agamii merupakan spesies endemik di Borneo. Pokoknya mencapai ketinggian 50... Read more →

  • Pokok “Peluru meriam” mekar berbunga di FRIM

    Pokok Couroupita guianensis atau peluru meriam (cannon-ball) ini istimewa kerana ranting-ranting yang keluar daripada batangnya dan mengeluarkan bunga yang besar dan berwarna-warni. Pokok-pokok begini dikatakan bersifat kauliflori. Bunga-bunga ini tahan berminggu-minggu lamanya dan mengeluarkan haruman yang menarik serangga untuk mendebungakannya. Pokok cannon-ball boleh tumbuh sehingga 20 m tinggi. Pada musim... Read more →

  • Ratu Pokok Berbunga

    Amherstia nobilis kemungkinan merupakan pokok berbunga yang paling cantik dan sangat sesuai dengan gelarannya sebagai “Ratu Pokok Berbunga”. Taburan asalnya terhad kepada beberapa kawasan di Burma, sebab itulah digelar juga “Pride of Burma”. Nama saintifik pokok ini ialah sempena nama Lady Sarah Amherstia, salah seorang pengumpul tumbuh-tumbuhan yang termasyhur di... Read more →

  • Tabebuia: Trompet kuning

    Terletak berhampiran kolam utama kedua di hadapan Bangunan Perhutanan (D3), pokok Tabebuia mula berbunga dan berkembangan pada minggu 22–29 Januari 2012. Spesies ini dipercayai sebagai Tabebuia ochracea yang berasal dari Brazil. Tabebuia ochracea hampir sama dengan Tabebuia chrysotricha (pokok trompet keemasan) yang merupakan pokok kebangsaan Brazil. Tabebuia tergolong dalam famili... Read more →

  • Perah berpucuk merah

    Pada minggu 29 Januari 2012, Elateriospermum tapos (perah) telah mengeluarkan daun-daun baharu. Daun-daun muda berwarna merah kelihatan begitu terserlah di antara warna hijau. Pemandangan yang indah ini dapat dinikmati apabila anda memasuki jalan ke arah Bangunan D15 dan juga dalam perjalanan ke titian sudur. Pokok perah juga dapat dilihat sekali-sekala... Read more →

  • Bunga gapis: Terang dan harum

    Saraca cauliflora atau gapis di FRIM dilaporkan berbunga dalam “Warna warna FRIM” pada minggu terakhir Januari 2012. Bunga Saraca cauliflora, atau nama tempatannya gapis di FRIM telah mekar sekali lagi sejak minggu terakhir bulan Januari 2014 dan akan berterusan dua hingga tiga minggu. Spesies ini juga dikenali sebagai pokok ashoka,... Read more →

  • Kelicap jantung telinga kuning, pencinta madu bunga

    Arachnothera chrysogenys atau kelicap jantung telinga kuning ialah sejenis burung kecil yang dapat dikenali dengan senang melalui paruhnya yang panjang dan berlekuk. Burung ini juga mempunyai lidah yang panjang untuk memudahkannya menghisap madu. Di FRIM, burung kelicap ini sering kali dapat dilihat hinggap pada silara pokok-pokok kecil yang berbunga berdekatan... Read more →

  • Berbunga jingga tanpa daun

    Firmiana malayana atau kalumpang tumbuh di tepi-tepi sungai dan kawasan-kawasan terbuka di Semenanjung Malaysia dari Gemas ke utara dan kadang-kadang ditanam di kawasan penempatan manusia. Pokok yang juga dikenali sebagai mata lembu ini boleh membesar sehingga ketinggian 20 meter. Kulitnya kelabu keperak-perakan sementara daunnya lebar dan mempunyai bulu-bulu halus di... Read more →

4.9 (98.46%) 13 votes
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

Font Resize
Contrast