Denai Alam

Last modified: Julai 3, 2017

Denai Keruing 

Denai ini bermula dari rumpun buluh gergasi berhampiran dengan kolam ikan. Perjalanan melalui denai ini mengambil masa lebih kurang 30 minit dan denai ini berakhir di belakang perpustakaan FRIM. Denai Keruing merupakan denai alam tertua di FRIM yang dibuka kepada orang awam dan denai ini dinamakan sempena spesis Dipterokarp (Dipterocarpus sp.) atau Keruing yang banyak terdapat di sepanjang denai. Denai Keruing merentasi salah satu ladang hutan yang tertua di FRIM dan terdapat beberapa jenis spesis kayu balak utama di Malaysia. Antara spesies balak yang ditanam di sini selain keruing ialah kapur (Dryobalanops aromatica), jelutong (Dyera costulata), merbau (Intsia palembanica), cengal (Neobalanocarpus heimii), serta meranti tembaga (Shorea leprosula).

Denai Salleh

Denai alam ini dinamakan bersempena dengan Ketua Pengarah pertama FRIM iaitu Tan Sri Dr. Salleh Mohd Nor yang telah bersara pada bulan Oktober 1995. Beliau memainkan peranan yang sangat penting dalam meningkatkan status FRIM kepada sebuah badan berkanun pada tahun 1985. Pelbagai kejayaan telah dicapai oleh beliau berkaitan dengan pengurusan sumber dan alam sekitar yang mapan. Denai berukuran lebih kurang 710 meter dan sedikit beralun. Di sepanjang denai ini, dapat dilihat tapak hutan ladang yang telah ditubuhkan pada awal tahun 1928. Perjalanan di denai ini mengambil masa lebih kurang satu jam. Pokok-pokok seperti kapur (Dryobalanops aromatica), keladan (Dryobalanops oblongifolia), gaharu (Aquilaria malaccensis), merbau (Intsia palembanica), engkabang (Shorea macrophyla) dan rotan batu (Calamus filipendulus) adalah antara spesis pokok yang dapat dilihat di sepanjang laluan denai ini.

Denai Engkabang

Denai ini dinamakan bersempena dengan nama pokok engkabang (Shorea macrophylla) yang ditanam sekitar tahun 1935 dan 1937. Perjalanan melalui denai sepanjang 554 meter ini mengambil masa lebih kurang 45 minit dan dihubungkan dengan kawasan Arboretum Dipterokarpa. Beberapa spesis pokok hutan yang boleh ditemui di sini ialah pokok belian (Eusideroxylon oblongifolia), rotan semambu (Calamus sciponum) dan keladan (Dryobalanops oblongifolia). Denai ini merentasi bekas kawasan tanah lembap yang terjadi pada tahun 1930-an yang sebahagiannya ditutupi oleh padang rumput dan hutan belukar. Denai ini bertemakan biodegradasi yang berlaku di dalam hutan. Kehadiran kumpulan anai-anai dan kayu-kayu yang mereput menggambarkan proses yang bermanfaat di dalam persekitaran hutan semulajadi.

Denai Sebasah

Denai ini dinamakan bersempena dengan pokok Sebasah (Aporosa arborea) yang banyak ditemui di sini. Denai ini dibangunkan pada tahun 2008 dan menerangkan pelbagai fenomena alam yang istimewa dan berkaitan dengan kemandirian flora dan fauna di dalam kawasan hutan yang lembap. Perjalanan kira-kira 40 minit di denai ini memberi pengalaman yang unik untuk adaptasi dalam keadaan basah dan menawarkan pengunjung pengalaman baru. Denai sepanjang 610 meter ini juga membawa pengunjung kepada beberapa ekosistem yang pelbagai dan paling terkenal kerana tempat persinggahan burung migrasi. Denai ini dibangunkan untuk tujuan pendidikan.

Laluan Razak

Denai razak terletak di Taman Botani Kepong. Ianya dilancarkan pada 14 Januari 2008 dengan tema “Rich Diversity of Malaysian Under-Storey Plants”. Denai sepanjang 400 m ini dinamakan bersempena nama Bekas Ketua Pengarah FRIM yang kedua iaitu Datuk Dr Hj. Abdul Razak Mohd Ali yang telah bersara. Denai ini dibina untuk golongan orang kurang upaya (OKU) dan laluannya boleh digunakan oleh golongan berkerusi roda.

Bagi maklumat seewaan, sila klik di sini.

Sila patuhi arahan Panduan Pelawat FRIM ketika menjalankan aktiviti di atas.

Pusat Perkhidmatan Setempat (PPS) menguruskan perkhidmatan sewaan di FRIM. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi
Pusat Perkhidmatan Setempat (PPS)
Tel : 03-62797592 / 03-62797649
Fax : 03-62804619
E-meil : frim_enquiry@frim.gov.my
4.3 (85%) 4 votes

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast