Galeri Penyelidikan

Last modified: Januari 22, 2016

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan berkanun pada tahun 1985. FRIM merupakan satu-satunya agensi kerajaan yang terlibat aktif dalam penyelidikan perhutanan, pemuliharaan dan pemeliharaan biodiversiti negara. FRIM juga telah diisytiharkan sebagai salah satu destinasi pelancongan wajib dilawati oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia dan sering dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara.

FRIM mewarisi kepelbagaian hasil bahan dan produk penyelidikan selaras dengan usaha yang perlu diurus secara berkekalan dan dieksploitasi secara bijak. Usaha untuk menyemai kesedaran warga FRIM terhadap kepelbagaian hasil bahan dan produk penyelidikan tersebut akan meningkatkan kesedaran para penyelidik FRIM khususnya dalam mengelakkannya daripada kepupusan atau kerosakan di samping menggalakkan penemuan baharu dalam penyelidikan untuk dijadikan sebagai rujukan dan kebanggaan bersama institusi ini.

Penubuhan Galeri Penyelidikan FRIM mengubah imej Muzium FRIM kepada sebuah pusat pengumpulan setempat pelbagai hasil aktiviti para penyelidik FRIM dalam bentuk poster, majalah, risalah, bahan, produk, sampel, spesimen, model dan prototaip penyelidikan yang dipamerkan. Gaya penyampaian dan persembahan Galeri Penyelidikan FRIM adalah mengikut trend masa kini. Pelbagai elemen berunsurkan ciri-ciri perhutanan diwujudkan sebagai motif sampingan bersesuaian dengan imej FRIM sebagai sebuah institusi yang terlibat dalam bidang penyelidikan perhutanan.

Galeri Penyelidikan FRIM telah dirasmikan oleh YB Dato Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) pada Mac 2010. Galeri Penyelidikan FRIM berperanan sebagai salah satu perantara dalam mendekatkan diri, mempelajari dan menghayati perkembangan penyelidikan bukan sahaja kepada masyarakat tetapi juga para penyelidik FRIM yang berwawasan dan mampu berdaya saing di peringkat global. Kewujudan Galeri Penyelidikan FRIM dapat dimanfaatkan oleh generasi masa kini dan akan datang sebagai pusat rujukan yang amat berharga dan warisan yang tidak ternilai melalui maklumat sejarah, latar belakang dan seni bina rumah-rumah tradisional tersebut yang turut dipaparkan di laman sesawang FRIM, poster, majalah, risalah dan sebagainya.

Waktu Operasi

Isnin – Khamis
:
9.00am – 12.00pm
:
2.00pm – 4.00pm
Jumaat
:
9.00am – 12.00pm
:
3.00pm – 4.00pm
Sabtu – Ahad
:
9.00am – 12.00pm
:
2.00pm – 4.00pm

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Pejabat Cawangan Galeri dan Antikuiti (CGA) di talian 03 – 62797573

Tujuan penubuhan Galeri Penyelidikan FRIM adalah seperti berikut:

  1. Mengukuhkan FRIM sebagai sebuah pusat kecemerlangan dan rujukan kepada umum. Galeri Penyelidikan FRIM menggambarkan tanda kejayaan FRIM khususnya dalam bidang penyelidikan perhutanan tropika. Penubuhannya ialah hasil usaha sama daripada pegawai penyelidik dari semua Bahagian di FRIM dan secara tidak langsung galeri tersebut berperanan sebagai pusat atau sudut kualiti FRIM.
  2. Pelbagai hasil kejayaan kepakaran dalam penyelidikan bidang perhutanan seperti bioteknologi, teknologi maklumat (IT), biodiversiti, pengurusan ekologi hutan, pembangunan produk dan sebagainya dikumpul dan dipamerkan seperti koleksi produk, sampel, spesimen, model dan prototaip penyelidikan termasuk penyediaan poster dan risalah penyelidikan. Pengisian Galeri Penyelidikan FRIM adalah yang terkini dan akan dikemas kini setiap dua atau tiga tahun sekali.
  3. Galeri Penyelidikan FRIM secara tidak langsung memastikan akan keselamatan di makmal-makmal/bengkel-bengkel penyelidikan FRIM di sini kerana pelawat rasmi tidak lagi perlu ke tempat tersebut tetapi tertumpu kepada Galeri Penyelidikan FRIM.
  4. Galeri Penyelidikan FRIM boleh menjana pendapatan bagi institusi bertujuan memperkembangkan usaha R&D di FRIM selain membantu membangunkan imej FRIM sebagai pusat penyelidikan perhutanan dan menyokong aktiviti ekopelancongan FRIM secara tidak langsung.

 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Pejabat Cawangan Galeri dan Antikuiti (CGA) di talian 03 – 62797573

Galeri Penyelidikan FRIM mempunyai reka bentuk yang unik dengan berkonsepkan moden dan kontemporari merangkumi enam komponen utama iaitu:

  1. Koleksi produk, sampel, spesimen, model dan prototaip penyelidikan dari semua bahagian dan program di FRIM.
  2. Koleksi bahan penerbitan dan percetakan.
  3. Persembahan multimedia/audio visual mengenai  sejarah dan latar belakang FRIM
  4. Kaunter perkhidmatan pelanggan
  5. Koleksi ‘artificial’.

Komponen pertama:

Pengumpulan pelbagai koleksi bahan, produk, sampel, spesimen, model dan prototaip penyelidikan serta pembangunan beberapa unit diorama hutan tropika. Anugerah dan pencapaian para penyelidik FRIM sama ada di dalam mahupun di luar negara seperti piala, sijil dan sebagainya dari semua Bahagian dan Program FRIM turut dipamerkan.

Komponen kedua:

Pengumpulan pelbagai rujukan buku penyelidikan FRIM, risalah termasuk maklumat korporat FRIM, poster penyelidikan yang memberikan maklumat terperinci tentang bahan, produk, sampel, spesimen, model dan prototaip penyelidikan.

Komponen ketiga:

Persembahan interaktif untuk memberi kefahaman secara lebih jelas dan berkesan kepada pengunjung yang inginkan maklumat lebih terperinci. Gaya persembahan dan penyampaian yang teratur dan jitu menggunakan peralatan multimedia/audio visual. Maklumat  mengenai sejarah dan latar belakang FRIM juga dipaparkan.

Komponen keempat:

Penempatan sebuah kaunter perkhidmatan pelanggan dilengkapi perabot dan peralatan yang bersesuaian khususnya untuk pelawat rasmi yang berkunjung ke Galeri Penyelidikan FRIM. Kaunter perkhidmatan pelanggan diwujudkan untuk memberi maklumat asas atau separa terperinci kepada pelawat sekiranya bantuan atau perkhidmatan tersebut diperlukan.

Komponen kelima:

Sokongan kepada struktur dan hiasan dalaman Galeri Penyelidikan FRIM untuk menonjolkan suasana keselesaan dengan motif sampingan yang bersesuaian dengan imej FRIM sebagai pusat penyelidikan perhutanan termasuk kesan khas yang mengandungi bunyi-bunyian yang bersesuaian.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Pejabat Cawangan Galeri dan Antikuiti (CGA) di talian 03 – 62797573

4.8 (95.38%) 13 votes
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast