Panduan Pelawat

Last modified: Oktober 11, 2017

Panduan Pelawat ketika memasuki Kampus FRIM

Pelawat Rasmi

Pelawat yang mempunyai urusan rasmi dengan FRIM atau badan-badan bernaung di bawahnya.

Pelawat Tidak Rasmi

Pelawat yang tidak mempunyai urusan rasmi dengan FRIM untuk menggunakan kemudahan atau menjalankan pelbagai aktiviti yang dibenarkan. Masuk melalui tempahan atau bayaran tiket masuk. Segala perhimpunan atau aktiviti berkumpulan yang melibatkan lebih daripada 10 orang peserta mestilah melalui permohonan/tempahan awal (sekurang-kurangnya tiga hari kerja sebelum tarikh aktiviti); mendapat kebenaran; serta mendaftar dengan Pusat Perkhidmatan Setempat FRIM sebelum aktiviti tersebut boleh dijalankan.

Kawasan yang dibenarkan untuk melakukan aktiviti:

Kawasan Jogging
  • Jalan Foxworthy
  • Jalan Jelutong
  • Jalan Kapur
  • Taman Botani Kepong
  • Jalan Kg. Jawa
b) Kawasan Bergambar
  • Semua kawasan kecuali di bangunan atau pejabat dan kuarters FRIM.
c) Kawasan Hari Keluarga / Majlis Perkahwinan
  • Kawasan Padang
  • Kawasan Perkelahan Anak Sg. Kroh
  • Taman Botani Kepong
  • Perkarangan Rumah Terengganu

d) Kawasan Perkhemahan
  • Kem Perah
e) Kawasan Penggambaran Filem/Iklan/Fotografi
  • Kebenaran mengikut lokasi yang telah diluluskan sahaja.
f) Kawasan Perkelahan
  • Kawasan Perkelahan Anak Sg. Kroh
  • Kawasan lapang / rekreasi lain bukan pada hari kerja
g) Berbasikal lasak

GARIS PANDUAN REKREASI DI FRIM

Kampus FRIM dibuka dari jam 5:30 pagi hingga 7:30 petang. Aktiviti rekreasi hanya boleh dilakukan pengunjung pada jam 5:30 pagi – 7:30 pagi dan 8:30 pagi – 7:30 petang pada hari bekerja. Pelawat tidak dibenarkan masuk selepas jam 6.30 petang. Pelawat hanya dibenarkan untuk meletakkan kenderaan di kawasan yang ditetapkan. Meletakkan kenderaan di tempat khas untuk kakitangan adalah dilarang. Penutupan sebarang kemudahan rekreasi di FRIM boleh dilakukan oleh pihak pengurusan tanpa sebarang notis.

Liabiliti Pelawat

Pengunjung bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan diri dan barang- barang mereka sendiri. FRIM tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kerosakan, kerugian, atau kemalangan yang mungkin berlaku.

Permit & Pas

Penggunaan kemudahan kampus mestilah dengan kebenaran Ketua Pengarah FRIM. Permit yang dikeluarkan adalah untuk memudahkan kemasukan ke kampus FRIM sahaja. FRIM mempunyai hak untuk melarang pelawat dari memasuki kampus FRIM. FRIM juga boleh membatalkan permit tahunan / pas lawatan jika pengunjung melanggar sebarang peraturan yang telah ditetapkan di kampus FRIM.

PERATURAN UMUM

Pelawat dilarang:-

1. Membuang sampah.

2. Memancing, memburu atau mengganggu haiwan.

3. Mengambil sebarang tumbuhan, pokok-pokok, bunga-bunga, buah-buahan atau haiwan.

4. Tidak berbaju atau berpakaian tidak sopan di kawasan awam.

5. Melakukan aktiviti yang mempunyai unsur salahlaku seperti penggunaan dadah, minum minuman keras dan penggunaan bahan-bahan terlarang dan berbahaya.

6. Mengganggu ketenteraman dan keselesaan pelawat-pelawat lain.

7. Meletakkan kenderaan di tempat yang dilarang.

8. Memasuki kawasan dan bangunan yang dilarang.

9. Melakukan pembakaran terbuka.

10. Memandu atau membawa sebarang kenderaan di kawasan denai alam.

11. Memandu atau menunggang secara merbahaya.

12. Melakukan sebarang aktiviti vandalisme, merosakkan harta benda FRIM atau merosakkan alam semula jadi.

13. Berjoging atau berbasikal di kawasan terlarang.

14. Membawa masuk haiwan peliharaan.

15. Membuang sebarang haiwan peliharaan.

16. Membuka laluan denai yang baru (hanya laluan yang sedia ada dibenarkan).

17. Membuat bising dan memasang muzik dengan kuat di laluan denai alam.

18. Meminum sebarang minuman yang memabukkan.

19. Mengadakan sebarang upacara pemujaan atau ritual.



1. Pelawat dikehendaki memberikan nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon, dan juga beberapa nombor telefon kenalan keluarga terdekat untuk dihubungi jika ada kes kecemasan.

2. Tempahan oleh pelawat hanya sah selepas pembayaran penuh dibuat. Sekiranya pelawat keluar dari Kem Perah lebih awal dari waktu tempahan, FRIM tidak akan memulangkan bayaran bagi baki hari yang tidak digunakan oleh pelawat.

3. Pelawat haruslah menghormati dan bertimbang rasa terhadap pengguna lain pada setiap masa.

4. Makanan yang halal sahaja dibenarkan di tapak perkhemahan.

5. Ketua kumpulan pelawat bertanggungjawab ke atas setiap tingkahlaku ahli kumpulannya.

6. Pelawat daripada sekolah dikehendaki mendapatkan surat kebenaran daripada pihak sekolah dan setiap kumpulan mesti diiringi oleh guru bertugas semasa menjalankan aktiviti-aktiviti di dalam Kampus FRIM.

7. Keselamatan diri dan harta benda pelawat adalah tanggungjawab masing-masing.

8. Pelawat dinasihatkan untuk melakukan rondaan keselamatan untuk memastikan keselamatan ahli kumpulan dan mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

9. Pelawat diwajibkan untuk membersihkan kawasan khemah selepas ia digunakan. Pelawat  bertanggungjawab memastikan persekitaran tidak tercemar dan berada dalam keadaan baik. Bahan buangan perlu dibawa ke pusat pengumpulan sampah-sarap.

10. Pelawat dilarang:-

  • Menggunakan api (mancis/lilin/ubat nyamuk) di dalam khemah.
  • Merosakkan pokok dan/atau mana-mana infrastruktur fizikal di tapak perkhemahan.
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti berjudi, minum arak dan penggunaan dadah.
  • Berkelakuan tidak sopan, bergaduh, menggunakan senjata dan melakukan apa-apa aktiviti yang berbahya.
  • Memasak di dalam atau berdekatan dengan khemah.
  • Membazirkan air dan elektrik.
  • Membawa masuk kenderaan ke tapak Kem Perah tanpa kebenaran.

Sekiranya mana-mana peraturan ini dilanggar, pelawat boleh diarahkan untuk meninggalkan tapak perkhemahan tanpa apa-apa pemulangan wang.

FRIM menggalakkan pemerhatian burung di dalam kampus. Walau bagaimanapun, kod tingkah laku dari pelbagai kumpulan pemerhati burung perlu dipatuhi sepenuhnya.

1. Kebajikan burung mestilah diberi keutamaan. Sama ada minat anda adalah untuk mengambil gambar, merakam bunyi, menjalankan kajian saintifik atau memerhati burung, anda perlu ingat bahawa kebajikan burung sentiasa diutamakan.

2. Perlindungan habitat. Memastikan bahawa aktiviti memerhati burung tidak menyebabkan kerosakan habitatnya.

3. Mengurangkan gangguan ke tahap minima. Toleransi burung terhadap gangguan adalah berbeza antara spesies dan musim. Oleh itu, pastikan gangguan pada tahap yang minimum.

4. Spesies burung jarang ditemui. Sekiranya anda terjumpa spesies burung yang jarang ditemui dan merasakan ianya perlu diberi perlindungan, sila maklumkan kepada pegawai FRIM yang bertugas di Pusat Setempat.

5. Spesies burung yang berhijrah. Sekiranya terjumpa sarang ataupun kawasan pembiakan burung, secara sengaja ataupun tidak, pelawat dikehendaki berundur dengan perlahan dan keluar daripada kawasan tersebut.

6. Hormati hak orang lain. Sila ambil kira hak pemerhati burung yang lain dengan sewajarnya. Elakkan daripada menganggu pemerhati lain atau menakutkan burung yang diperhatikan. Sekiranya terdapat aktiviti yang mengganggu burung-burung tersebut, sila laporkan perkara tersebut kepada pegawai FRIM.

7. Simpan rekod. Kebanyakkan ilmu yang diperolehi pada hari ini adalah hasil daripada simpanan rekod mereka yang terdahulu. Sehubungan itu, pastikan anda membantu meningkatkan ilmu pengetahuan untuk masa akan datang dengan menghantar rekod kepada FRIM secara peribadi atau melalui e-mel.

Sila rujuk kepada peraturan umum FRIM semasa menjalankan aktiviti memerhati burung. Peraturan lain yang ditetapkan bagi aktiviti memerhati burung di FRIM adalah seperti berikut:

  • Pemerhati burung yang datang secara berkumpulan seramai empat ahli atau lebih, perlu mendaftar di Pusat Perkhidmatan Setempat (PPS) FRIM.
  • Pemerhati burung tidak dibenarkan memasuki mana-mana kawasan hutan tanpa jurupandu FRIM atau kebenaran khas.
  • Memasang rakaman bunyi burung untuk memanggil burung adalah tidak dibenarkan kecuali dengan kelulusan khas.
  • FRIM mempunyai hak untuk menghentikan sebarang aktiviti memerhati burung jika tidak mematuhi paraturan pemerhatian burung.

FRIM juga mematuhi Kod Etika Burung (Birding Etiquette) yang ditetapkan oleh Majlis Pemuliharaan Burung (Bird Conservation Council) – Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) pada Disember 2006.

Rujukan:

1. Trek laluan untuk aktiviti basikal lasak dibuka dari jam 5.30 pagi sehingga 7.30 petang.

2. Pelawat dikehendaki hanya melakukan aktiviti ini di kawasan / trek yang telah ditetapkan oleh pihak FRIM. Aktiviti berbasikal di luar kawasan yang ditetapkan adalah tidak dibenarkan.

3. Semasa menunggang basikal, pelawat haruslah mengawasi keselamatan diri dan prihatin terhadap persekitaran sekeliling termasuk keselamatan jalan raya dan kenderaan yang melalui kawasan trek. Penunggang juga diingatkan untuk bertimbang rasa terhadap keselamatan pengguna lain.

4. Penunggang basikal lasak haruslah menggunakan pakaian yang bersesuaian dengan aktiviti berbasikal.

5. Permit / Pas haruslah dibawa bersama ketika pelawat menggunakan kawasan yang telah ditetapkan dan ditunjukkan kepada pihak FRIM semasa pemeriksaan. Permit / Pas tidak boleh ditukar milik kepada penunggang basikal lain.

Waktu operasi bergantung pada keadaan cuaca. Pelawat tidak digalakkan melakukan aktiviti rekreasi semasa hujan.

Pelawat dinasihatkan untuk memeriksa Kadar Pencemaran Udara (KPU) (http://apims.doe.gov.my/apims/) sebelum melawat FRIM. Pihak FRIM tidak menggalakkan aktiviti berjoging dan sebarang aktiviti rekreasi luar apabila KPU melebihi 100.

Klik untuk Garis Panduan Rekreasi dalam Bahasa Mandarin (Muat turun PDF)

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi
Pusat Perkhidmatan Setempat (PPS)
Tel : 03-62797592 / 03-62797649
Fax : 03-62804619
E-mel : frim_enquiry@frim.gov.my
4.1 (82.86%) 42 votes
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast