Botanis FRIM membuat pembentangan dalam simposium antarabangsa

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

7 Jun 2017 (Rabu) – Pakar Perunding Projek Flora of Peninsular Malaysia Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr Ruth Kiew telah menyampaikan pembentangan mengenai kepupusan tumbuhan di Malaysia di ‘State of the World’s Plants Symposium’ yang diadakan di Royal Botanic Gardens Kew (RBG Kew), London baru-baru ini.

Kiew merupakan salah seorang daripada empat pembentang jemputan pada sesi “The immediate risk of extinction: climate change won’t matter if everything has already died out…” yang dipengerusikan oleh Dr Eimear Nic Lughadha dari RBG Kew, pada 25 Mei.

Pembentangan Kiew bertajuk ‘Causes of plant extinction in Malaysia – anthropogenic, global warming or indifference?’.

Simposium dua hari tersebut dihadiri oleh para saintis dan penggubal dasar yang bertujuan untuk mengetengahkan dan membincangkan penemuan serta pengetahuan yang menjadi petunjuk penting mengenai masa depan tanaman makanan, ubat-ubatan dan kayu-kayan; keberkesanan tindakan pemuliharaan dan dasar dalam melindungi spesies tumbuhan yang penting dan masyarakat di seluruh dunia; serta menunjukkan kemungkinan memulihara biodiversiti berdasarkan pengetahuan saintifik dan tindakan global.

Kiew yang dilantik sebagai Pakar Perunding FRIM sejak tahun 2005, telah memberi sumbangan yang besar kepada penyelidikan dan pemuliharaan biodiversiti di Malaysia. Beliau telah dipilih sebagai penerima Anugerah Saintis Terbaik FRIM pada 27 April tahun ini. Beliau juga merupakan penerima anugerah berprestij ‘David Fairchild Medal for Plant Exploration’ oleh ‘National Tropical Botanical Garden’ pada tahun 2002.

5 (100%) 4 votes

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast