Tanya Arbortist

Last modified: Mei 22, 2014

  • Pemilihan spesies untuk penanaman bandar
  • Rekabentuk, penanaman dan penjagaan pokok landskap
  • Pemeriksaan kesihatan dan risiko pokok 
  • Inventori pokok 

Apa itu arborikultur?

Arborikultur adalah seni, sains dan teknologi yang berkaitan dengan penjagaan dan penyelenggaraan pokok ameniti terutamanya di persekitaran bandar.

Siapa itu arboris?

Arboris merupakan professional di dalam bidang penjagaan pokok yang memberi khidmat dalam bidang arborikultur dimana melalui pengalaman, pendidikan dan latihan yang diperolehi membolehkan beliau mempunyai kompetensi untuk memberikan khidmat nasihat berkaitan pertumbuhan dan kesuburan pokok, memahami masalah-masalah pokok dan mencadangkan langkah-langkah untuk merawatnya.

Kenapa perlunya arboris?

Pengetahuan dalam pelbagai bidang kepakaran kini pesat berkembang dan kini adalah tren di mana setiap bidang kepakaran menjadi lebih khusus dan mendalam. Perkara ini tidak terkecuali untuk bidang penanaman dan penjagaan pokok-pokok bandar di mana ia juga memerlukan bidang kepakaran yang khusus bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pertumbuhan, kesuburan dan keselamatan pokok. Di kebanyakkan negara maju, bidang ini dikenali sebagai arborikultur dan pengamalnya dikenali sebagai arboris. Arboris fokus kepada penyelenggaraan sebatang pokok dengan melihat dan memeriksa pokok dari pelbagai sudut bersandarkan kepada pengetahuan biologi pokok serta memahami bagaimana pokok bertindak balas terhadap gangguan persekitaran samada agen biotik dan abiotik yang mengancam pertumbuhan dan kesuburan pokok. Bidang arborikultur yang berkembang pesat bukan sahaja menerokai ruang ilmu dan kepakaran baru tetapi turut membawa bersama teknologi dan serta peralatan moden bagi mempertingkatkan kecekapan dalam pengurusan pokok-pokok ameniti. Amalan baik arborikultur juga diperolehi melalui hasil penyelidikan dan perkongsian pengalaman pelbagai pihak termasuk para arboris yang terlibat dalam bidang ini sejak sekian lama. Di antara perkara yang lazim melibatkan kepakaran arborist termasuk pemilihan pokok, penanaman, penjagaan, penilaian kesihatan dan risiko pokok, pemuliharaan pokok tua atau pokok warisan, pemindahan pokok besar serta rawatan dan pemeliharaan pokok.

Apakah perbezaan di antara arboris dan arboris bertauliah?

Arboris adalah profesional terlatih yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam penjagaan pokok. Mereka dilatih khas untuk memberikan beberapa perkhidmatan dalam menyelenggara pokok. Arboris yang bertauliah adalah individu yang telah mencapai tahap pengetahuan dalam penjagaan pokok melalui sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman dan telah lulus peperiksaan pensijilan arboris daripada Persatuan Arborikultur Antarabangsa (ISA). Mereka perlu sentiasa meningkatkan pengetahuan mengenai teknik-teknik arborikultur yang terkini melalui sesi-sesi pembelajaran bagi mengekalkan pensijilan. Pensijilan arboris adalah program sukarela yang ditadbir oleh Persatuan Arborikultur Antarabangsa (ISA) sebuah badan bukan kerajaan. Pensijilan arboris merupakan satu penilaian yang mengukur pengetahuan dan kecekapan individu yang diperlukan bagi memberikan khidmat penjagaan pokok yang betul.

Rate this post

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast