Delegasi MBJ PUSAKA lawat FRIM

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

7 November 2017 (Selasa) – Delegasi Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) telah melawat Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pada 3 November lalu.

Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai kemudahan-kemudahan serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh FRIM kepada pihak industri perkayuan.

Pengerusi MBJ Pihak Pekerja FRIM, Dr Hamdan Omar menyampaikan taklimat mengenai MBJ FRIM manakala Ketua Program Teknologi Perabot dan Kejuruteraan Kayu FRIM, Dr Mohamad Omar Mohamad Khaidzir berkongsi mengenai latar belakang FRIM serta kemudahan di Bahagian Keluaran Hutan.

Delegasi PUSAKA yang terdiri daripada 33 peserta ini diketuai Penolong Pengurus Besar, Ruth Sibat @ Nur Mithali Abdullah. Mereka juga melawat Galeri Buluh dan Palma; serta Makmal Kejuruteraan Kayu di Bahagian Keluaran Hutan.

Turut hadir, Ketua Unit Buluh, Rotan dan Palma FRIM, Dr Wan Tarmeze Wan Ariffin dan Timbalan Pengerusi MBJ PUSAKA, Awang Mentali Awang Mohd Sulaiman.

4.5 (90%) 2 votes
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast