Enam wakil MOTAC lawat FRIM

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

6 Disember 2017 – Enam pegawai Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) telah melawat kampus Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong baru-baru ini untuk melihat kemudahan-kemudahan pelancongan yang dibangunkan melalui peruntukan kementerian ini.

Rombongan yang diketuai oleh Arshad Mustapa, Pengarah Pelancongan Negeri Selangor ini disambut oleh Dr Ismail Harun, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan); Dr Noor Azlin Yahya, Ketua Program Ekopelancongan dan Hutan Bandar serta pegawai-pegawai FRIM yang lain.

Lawatan yang diadakan pada 29 November ini dimulakan di tempat perkelahan Sg Kroh. Seterusnya, rombongan dibawa melawat laluan bertangga di kawasan tersebut sambil diberi penerangan oleh Sharifudden Samin, Jurutera FRIM.

Mereka juga melawat taman yang berkonsep “English Garden” di belakang Bangunan Pentadbiran FRIM. Akhirnya, rombongan dibawa ke tapak cadangan untuk pembinaan titian silara baharu.

Pembangunan titian silara baharu ini telah mendapat kelulusan pembiayaan berjumlah RM3.5 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dan kerja-kerja pembinaan  dijangka bermula tahun hadapan.

Rate this post
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast