Eusideroxylon zwageri: The official tree of Sarawak

>>Eusideroxylon zwageri: The official tree of Sarawak




[wppa type=”slide” album=”88″ align=”center”][/wppa]



Belian  (Eusideroxylon zwageri) is a hardwood tree that does not belong to dipterocarp group. This tree belongs to the family Lauraceae. Belian tree is a tree species that grows slowly and will take up to 120 years to reach 30 cm diameter. However, the seed germinates easily if given a suitable environment. This tree can grow up to 30 m height with trunk diameter reaching 1 m. Belian seeds are poisonous and very hard.

The natural distribution is Indonesia (Kalimantan and Sumatra), Malaysia (Sabah and Sarawak Borneo) and the Philippines. It is known as Belian (Sabah and Sarawak Borneo); Borneo Ironwood (European Union); Belian, Onglen, Tebelian, Tulian and Ulin (Indonesia); and Biliran, Sakian and Tambulian (Philippines). Belian tree grows in lowland forest and secondary forest with a height of 500 m above at sea level. Belian trees are usually found along riverbanks. Belian is the official tree of Sarawak.

Belian wood is categorized under heavy hardwood group and of high market value. The wood is very hard, does not rot easily and is naturally resistant because of the unique anatomical features, that it is nick-named as "Borneo ironwood". Stumps of logged belian trees are still around decades after they were felled. Due to its density, Eusideroxylon zwageri is one of very few wood species that does not float in water. Belian wood is widely used in heavy construction and large-scale production such as for house structures, pillars, floors, and walls. Belian wood is also made into shingles for roofing. Dayak longhouse structure is usually built using belian wood. It is also valued highly as coffin wood by the Chinese.

In FRIM, flowering, belian tree can be seen near FRIM’s mosque.

Article by; Naimah CL, uploaded on 7 May 2014. The weekly weather was; rainiy with thunderstorms and temperature ranging from 24°C to 34°C.





[wppa type=”slide” album=”88″ align=”center”][/wppa]



Pokok belian (Eusideroxylon zwageri) merupakan sejenis pokok kayu keras yang bukan tergolong dalam kumpulan dipterokarpa. Pokok ini merupakan ahli famili Lauraceae. Pokok belian tumbuh dengan perlahan dan mengambil masa sehingga 120 tahun untuk mencapai garis pusat 30 cm. Walau bagaimanapun, anak benihnya mudah bercambah di persekitaran yang sesuai. Pokok ini boleh tumbuh sehingga 30 m tinggi, dengan diameter batang pokok mencapai 1 m. Biji benih belian beracun dan sangat keras. Taburan semula jadinya adalah di Indonesia (Kalimantan dan Sumatera), Malaysia (Sabah dan Sarawak) dan Filipina. Pokok ini dikenali sebagai belian (Sabah dan Sarawak); Borneo ironwood (European Union); belian, onglen, tebelian, tulian, dan ulin (Indonesia) serta biliran, sakian dan tambulian (Filipina). Belian tumbuh di kawasan hutan tanah pamah dan hutan sekunder dengan ketinggian 500 m dari paras laut. Biasanya, pokok belian boleh dijumpai di sepanjang sungai. Pokok belian merupakan pokok rasmi negeri Sarawak.

Kayu belian tergolong dalam kumpulan kayu keras berat yang bermutu dan mempunyai nilai pasaran yang tinggi. Kayunya sangat keras, tidak mudah reput dan tahan secara semula jadi disebabkan ciri-ciri anatomi unik sehingga ia digelar ”Borneo ironwood”. Tunggul kayunya akan kekal di tanah sehingga berpuluh-puluh tahun lamanya. Kerana kepadatannya, Eusideroxylon zwageri merupakan salah satu antara beberapa kayu lain yang tidak timbul di dalam air. Kayu belian banyak digunakan dalam pembinaan berat dan berskala besar seperti membuat struktur rumah, tiang, lantai dan dinding. Kepingan belian juga dibuat sebagai hiasan luar bumbung rumah. Struktur rumah panjang kaum Dayak juga dibina menggunakan kayu belian. Kaum cina juga amat menghargai keranda yang diperbuat daripada belian.

Di FRIM, pokok belian yang sedang berbunga boleh dilihat berhampiran Masjid Jamek, FRIM.

Artikel oleh Naimah CL, dimuat naik pada on 7 Mei 2014. Cuaca mingguan hujan dan ribut dengan suhu sekitar 24°C hingga 34°C.




2014-06-23T01:44:08+00:00
Font Resize
Contrast