Loading Events

Maaf, laman ini disediakan dalam Bahasa Melayu sahaja.

Adobe Photoshop CS dan Adobe Illustrator CS merupakan perisian paling popular dalam kerja-kerja penerbitan dan percetakan (buku, majalah, risalah, poster, banner, bunting, backdrop dll), periklanan (signage, signboard, billboard dll), reka bentuk produk (imej korporat, packaging dll), lukisan teknikal, interior, promosi, grafik dan audio visual/multimedia (montaj dll), laporan interaktif dan lain-lain lagi. Adobe CS telah pun digunapakai di seluruh dunia kerana mampu menghasilkan hasil kerja yang berkualiti dan mengikut spesifikasi yang dikehendaki.

Objektif Kursus:

  • Memahami fungsi perisian Adobe CS/ dalam menghasilkan kerja-kerja yang menepati spesifikasi ditetapkan
  • Menerapkan budaya multi tasking, kreatif dan inovatif melalui kemahiran menggunakan perisian Adobe CS
  • Mampu menggunakan kedua-dua perisian Adobe CS dengan format yang betul dan bersesuaian
  • Mampu menjimatkan masa, tenaga sumber manusia dan kos keseluruhan yang terlibat (kos output)
  • Mampu menjana pendapatan semasa organisasi/jabatan
  • Memberi peluang kepada penjawat awam menjana pendapatan sendiri (persediaan bersara dsbnya)

 

BROSUR PDF