Loading Events
  • This event has passed.
Sorry, this content is available in Malay only.

PENGENALAN

Kultur tisu adalah satu kaedah aseptik pembiakan tanaman dengan menggunakan bahagian-bahagian vegetatif tumbuhan di bawah keadaan terkawal. Ini adalah kaedah yang semakin dikenali untuk penghasilan bahan tanaman seragam, berkualiti tinggi dan bebas patogen. Dalam bengkel ini peserta akan diberikan ceramah dan latihan amali teknik kultur tisu di makmal, termasuk teknik pengikliman anak pokok kultur tisu.

 

OBJEKTIF

  • Memperkenalkan kaedah untuk menghasilkan anak pokok dalam jumlah yang banyak.
  • Melahirkan usahawan-usahawan dalam bidang kultur tisu.
  • Mewujudkan kesedaran dan minat terhadap tumbuhan.
  • Meningkatkan pengetahuan mengenai kepentingan pemuliharaan hutan.

 

SKOP KURSUS

  • Pengenalan kepada teknik kultur tisu.
  • Penyediaan stok nutrien dan media.
  • Pengambilan sampel
  • Pensterilan permukaan dan inisiasi kultur.
  • Teknik subkultur.
  • Pengikliman anak pokok di rumah hijau.

 

KANDUNGAN BENGKEL

  • Penanaman tumbuhan ubatan: teknik & penjagaan.
  • Aplikasi teknologi lepastuai dalam pembekalan bahan mentah berkualiti.
  • Autentikasi tumbuhan ubatan menggunakan kaedah cap jari DNA.

 

PESERTA SASARAN

Penggemar kultur tisu, pencinta tumbuhan dan terhad kepada 10 peserta / sesi sahaja.

 

PENDAFTARAN

  • Yuran adalah RM 1000:
    • Tempoh bengkel selama 3 hari
    • Kit pendaftaran, minum pagi, makan tengahari, minum petang
    • Sijil penyertaan
  • Bayaran perlu dibuat selewat-lewatnya 3 minggu sebelum bengkel.
  • Penukaran peserta dibenarkan tetapi perlu disertakan makluman bertulis kepada sekretariat seminggu sebelum bengkel dijalankan.
  • Pembatalan pendaftaran perlu dibuat secara bertulis selewat-lewatnya 2 minggu sebelum bengkel dijalankan atau bayaran tidak akan dipulangkan.

PEMBAYARAN

  • Bayaran atas nama Ketua Pengarah FRIM nombor akaun 8002664924 (CIMB Bank Berhad).

TEMPAT DAN TARIKH

  • Pusat Biousahawan Bioteknologi, FRIM
  • Siri 1: 09 – 11 April 2019
  • Siri 2: 24 – 26 September 2019
  • Penginapan tidak disediakan

 

UNTUK KETERANGAN LANJUT HUBUNGI:

Dr. Siti Suhaila A. Rahman Tel: 03-62797159 [Email: sitisuhaila@frim.gov.my]
Pn. Noor Ratul Maleka Sirajuddin Tel: 03-62797943 [Email:ratul@frim.gov.my]

 

ANJURAN OLEH:

Bahagian Bioteknologi Perhutanan

Pusat Biousahawan Bioteknologi

 

BROCHURE PDF