Loading Events
Sorry, this content is available in Malay only.

PENGENALAN

Bahagian Hasilan Semula Jadi, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) komited dalam penyelidikan, pembangunan dan komersialisasi tumbuhan ubatan dan beraroma, sekaligus memberikan impak kepada penghasilan produk yang berdaya saing dan berkualiti.  Kursus ini akan memberikan pendedahan kepada peserta tentang penghasilan produk herba yang berkualiti menggunakan teknologi terkini.  Peserta akan didedahkan tentang aspek penanaman dan pemprosesan bahan mentah, pensahihan bahan mentah, penentuan kualiti bahan mentah, ekstrak dan minyak pati, penilaian biopotensi dan seterusnya pengawalan kualiti produk.  Peserta juga akan berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman menjalankan aktiviti dalam makmal analisa dan instrumentasi menggunakan teknik analitikal pelbagai melalui sesi praktikal dibantu oleh para penyelidik yang berpengalaman dalam bidang masing-masing.

 

OBJEKTIF

Memberikan pendedahan kepada peserta tentang kepentingan bahan mentah yang autentik dan berkualiti menggunakan teknologi terkini, pengawalan kualiti dan tatacara pendaftaran produk berasaskan tumbuhan ubatan dan beraroma. 

 

SKOP KURSUS

  • PENANAMAN & TEKNOLOGI LEPAS TUAI (PHT)
  • AUTENTIKASI (DNA) & PENSAHIHAN HERBA
  • AMALAN PENGILANGAN BAIK (GMP)
  • PENGAWALAN & PENGUATKUASAAN
  • PEMIAWAIAN BIOPOTENSI HERBA, MIKROB & HASILAN SEMULA JADI

 

TOPIK CERAMAH (22 Julai 2019)

  • Penanaman tumbuhan ubatan: teknik & penjagaan.
  • Aplikasi teknologi lepastuai dalam pembekalan bahan mentah berkualiti.
  • Autentikasi tumbuhan ubatan menggunakan kaedah cap jari DNA.

 

 PILIHAN PAKEJ YANG DITAWARKAN (23-24 Julai 2019/ 23-25 Julai 2019*)

 PAKEJ A: TEKNOLOGI PENGHASILAN MINYAK PATI & KAWALAN KUALITI (RM 1,200.00)

    • Tumbuhan Beraroma & Gaharu
    • Penyulingan minyak pati pengekstrakan menggunakan sistem Bendalir Superkritikal (SFE)
    • Identifikasi komponen kimia mudah meruap (GC & GCMS)

PAKEJ B: TEKNIK PENANAMAN & TEKNOLOGI LEPAS TUAI (RM 1,000.00**)

    • Teknik Penanaman Herba
    • Penuaian (Ladang Herba Organik)
    • Pemprosesan Pra-& Pasca-Tuai

** (termasuk pengangkutan & penginapan untuk kursus di Stesen Penyelidikan FRIM Maran, Pahang).

PAKEJ C: PENSAHIHAN & KAWALAN KUALITI BAHAN MENTAH HERBA (RM 1,500.00)*

    • Identifikasi Tumbuhan (Botani & Fitokimia)
    • Ujian Logam Berat & Pencemaran Mikroorganisma

 

 

 PESERTA SASARAN

  • Usahawan herba
  • Pelajar pasca siswazah
  • Individu perseorangan yang terlibat dalam industry herba

 

TAWARAN

  • 10% diskaun yuran untuk pelajar
  • RM 50 rebat yuran untuk setiap peserta (penyertaan berkumpulan melebihi 3 orang)
  • Terhad kepada 30 peserta sahaja

 

PEMBAYARAN

  • Bayaran atas nama Ketua Pengarah FRIM nombor akaun 8002664924 (CIMB Bank Berhad).
  • Yuran termasuk makan, minum dan bahan latihan amali.

 

TERMA & SYARAT

  • Yuran penyertaan tidak akan dikembalikan.
  • Aktiviti pakej kursus tertakluk pada perubahan dari masa ke semasa.

 

UNTUK KETERANGAN LANJUT HUBUNGI:

Pn. Norulaiman Tel: 03-62797783 [Email: norulaiman@frim.gov.my]
Pn. Nor Azlianie Tel: 03-62797339 [Email:norazlianie@frim.gov.my]
Dr. Zunoliza Tel: 03-62797339 [Email: zunoliza@frim.gov.my]
Pn. Jesmini Tel: 03-62797330

 

ANJURAN OLEH:

Bahagian Hasilan Semula Jadi &

Pusat Pensahihan Bahan Mentah Herba FRIM

BROCHURE PDF