Loading Events
Maaf, laman ini disediakan dalam Bahasa Melayu sahaja.

Simposium Kebangsaan Transformasi Pengurusan Bahan Rujukan Warisan Negara 2019, merupakan satu landasan pengurusan pelbagai bahan rujukan berasaskan teknologi yang diguna pakai dalam dan luar Malaysia. Diharapkan hasil penganjuran simposium ini mampu menghasilkan pelbagai kaedah pengurusan bahan rujukan yang berkualiti, kreatif dan inovatif berbanding konvensional tanpa mengabaikan soal keselamatan, pemuliharaan dan pemeliharaan dan lain-lain yang menggunakan sumber alam semula jadi agar mempunyai nilai bagi jangka masa Panjang.

Objektif:

  • Mengumpul tenaga pakar dalam negara tentang penglibatan dalam penyelidikan R&D, kaedah digunakan dalam pengurusan bahan rujukan termasuk perolehan, penyampaian ( bahasa dan sebagainya), penyebaran/ pengembangan, keselamatan dan pemuliharaan dan pemeliharaan (konservasi) dan rekod/ didokumenkan.
  • Sebagai satu landasan penyebaran maklumat, menjalin rangkaian dan kerjasama antara penyelidik, industri, pakar, pendidik dan orang awam dalam industri pengurusan bahan rujukan khususnya berasaskan sumber alam semula jadi di Malaysia.
  • Mempromosi dan menggalakkan R&D dalam sistem pengurusan bahan rujukan dan sebagainya yang menggunakan kaedah dan sumber daripada alam semulajadi di negara Malaysia yang bernilai tinggi berbanding konvensional
  • Meningkatkan persefahaman (multilateral understanding) antara pakar dalam bidang pemuliharaan dan pemeliharaan (konservasi) bahan rujukan berasaskan sumber alam semulajadi di Malaysia, teknologi penyampaian maklumat masa kini.
BROCHURE

 

POSTER PREPARATION GUIDE