Soalan Lazim

Last modified: Julai 6, 2017

Bayaran bergantung kepada perkhidmatan yang diperlukan seperti berikut:

No

Jenis aktiviti

Kadar bayaran (RM)

1.

Nature trekking

120.00

2.

Night walk

250.00

Keperluan menggunakan khidmat jurupandu alam adalah untuk memastikan penjagaan keselamatan pelawat/peserta yang mengikuti rombongan ke FRIM. Ia juga adalah untuk memastikan pelawat mendapatkan penerangan dan maklumat yang lebih jelas dan tepat.

Ya. FRIM bukan sebuah taman rekreasi awam. FRIM adalah sebuah institusi R&D yang membuka pintu kampusnya kepada orang ramai untuk menikmati keindahan hutan buatan manusia. Hutan di FRIM merupakan bukti kejayaan usaha kami dalam memulihkan kawasan tanah yang terbiar. Sila lihat jadual di bawah untuk maklumat mengenai bayaran:

Pas / Tiket Kemasukan di Pintu Utama FRIM:

No

Jenis

Kadar (RM)

Kadar Baru* (RM)

1.

Individu (sekali masuk):
Warganegara Malaysia
  • Dewasa

1.00

1.05

  • Pelajar (usia 13 tahun ke atas)

1.00

1.05

  • Pelajar (12 tahun ke bawah)

Percuma

Percuma

  • OKU

Percuma

Percuma

Bukan Warganegara
  • Dewasa

5.00

5.30

  • Pelajar (usia 13 tahun ke atas)

5.00

5.30

  • Pelajar (12 tahun ke bawah)

1.00

1.05

  • OKU

Percuma

Percuma

2.

Kereta tanpa pelekat (sekali masuk)
  • Kampus utama

5.00

5.30

  • Taman Botani Kepong

2.00

2.10

3.

Motorsikal tanpa pelekat (sekali masuk)

3.00

3.20

4.

Basikal (Mountain Bike) sekali masuk / setiap basikal

3.00

3.20

4.

Kamera DSLR

5.00

5.30

*Caj 6% GST akan dikenakan mulai 1 April 2015

Semua permohonan untuk mendapatkan pas perlulah dibuat melalui Kelab FRIM (Blok F3). Pemohon perlu melengkap dan menyerahkan borang permohonan yang boleh didapati dari Kelab FRIM atau dimuat turun dari laman web rasmi FRIM di Muat turun borang

Antara aktiviti yang sesuai adalah lawatan ke makmal, ‘nature trekking’, ‘treasure hunt’ dan aktiviti alam yang lain.
Maklumat lanjut (PDF)

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti CSR, sila emel kepada: FRIM_CCU[at]frim[dot]gov[dot]my.

Sila berhubung terus dengan Kelab FRIM di talian 03-6279 7560/03-6279 7561 atau emel kepada safiee[at]frim[dot]gov[dot]my.

Kumpulan pelawat yang ingin mengadakan aktiviti penggambaran bukan untuk tujuan komersial perlulah mendapat kebenaran daripada Pusat Perkhidmatan Setempat FRIM. Anda perlu membayar fi kamera dan caj kemasukan di pintu utama, serta mendaftarkan diri/kumpulan anda di Pusat Perkhidmatan Setempat (Blok D6) sebelum memulakan aktiviti tersebut. Anda perlulah simpan semua tiket dan resit sebagai bukti pembayaran.

TPerpustakaan FRIM dibuka kepada orang ramai dengan kadar caj tertentu. Kakitangan kerajaan yang membawa pas jabatan adalah dibenarkan masuk secara percuma, manakala mereka yang tidak mempunyai pas jabatan akan dikenakan caj RM10/sekali masuk, seperti orang ramai serta kakitangan swasta. Penuntut sekolah/universiti yang membawa surat sekolah/kad mahasiswa dibenarkan masuk secara percuma, tetapi tanpa surat/kad tersebut caj RM1-RM2 akan dikenakan. Walau bagaimanapun, semua orang digalakkan menjadi ahli perpustakaan dengan bayaran minimum RM50/tahun sahaja.

Anda boleh melayari laman web FRIM di www.frim.gov.my, pergi ke menu “Penerbitan” dan klik pada “Non-journal” ataupun sila hubungi Cawangan Penerbitan FRIM di 03-6279 7490/ 03-6279 7491 atau emel kepada: FRIM_Publications[at]frim[dot]gov[dot]my.

Sila hantar surat permohonan serta resume kepada:

Ruziah Ripin
Cawangan Pembangunan Modal Insan
Bahagian Sumber Manusia
Forest Research Institute Malaysia (FRIM)
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan.
Untuk maklumat lanjut, mohon hubungi Ruziah di talian 03-62797522 ataupun email ke ruziah[at]frim[dot]gov[dot]my 

Sila layari Peluang Kerjaya untuk mengetahui maklumat lanjut dari masa ke semasa.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi;

Pusat Perkhidmatan Setempat FRIM
frim_enquiry[at]frim[dot]gov[dot]my
Tel: 03-6279 7592/ 03-6279 7649
Atau isikan borang eFeedback

4.3 (86.67%) 3 votes
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast