FELCRA, Propelwood meterai MOU berkaitan penggunaan teknologi HTD

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

11 Julai 2017 (Selasa) – FELCRA Processing & Engineering Sdn Bhd (FPESB) dan Propelwood Sdn Bhd telah memeterai memorandum persefahaman (MOU) bagi penghasilan produk berasaskan kayu getah dirawat dengan teknologi Pengeringan Suhu Tinggi (HTD) yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

FPESB yang merupakan anak syarikat Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan (FELCRA) Berhad membekalkan kayu getah manakala Propelwood akan menghasilkan produk secara komersial menggunakan teknologi HTD.

Majlis pemeteraian MOU yang juga dihadiri oleh Dato’ Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah FRIM ini diadakan di Kuala Lumpur pada 8 Julai lalu. Propelwood yang diwakili Pengurus Besar, Richard Wong Tzu Piaw telah menandatangani dokumen MOU tersebut sementara FPESB pula diwakili oleh Pengarah Urusan, Mahmood Salleh.

Dato’ Sri Bung Moktar Radin, Pengerusi FELCRA yang juga merupakan Penasihat Korporat FPESB, berkata inisiatif tersebut dapat menyumbang kepada ekonomi negara dan memberi nilai tambah kepada kayu getah serta memberi manfaat kepada peserta FELCRA dan pekebun kecil lain.

Usahasama ini juga akan memberi kesan impak yang baik kepada FRIM kerana ia akan meningkatkan penggunaan teknologi HTD bagi pemprosesan kayu getah.

Propelwood adalah anak syarikat Advance Low Pressure Sdn Bhd (ALPS) yang telah menandatangai perjanjian perlesenan dengan FRIM pada 2014 dalam usaha komersialisasi teknologi HTD. Dalam usaha sama ini, FRIM akan mendapat fi perlesenan, royalti serta yuran cap dagangan (trademark fees) bagi teknologi tersebut.

Turut hadir, Zulkarnain Md Eusope, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad; Dr Woon Weng Chuen, Ketua Projek Flagship Komersialisasi FRIM; Choo Kheng Ten, Felo FRIM; Zahidah Zafhian, Pegawai Penyelidik FRIM; serta Lo Jing Bing dan Lo Jing Tyng daripada ALPS.

5 (100%) 1 vote
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast