‘Fit Ladies Aidilfitri’ adakan program kenali hutan di SPF Pasoh

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

23 Mei 2017 (Selasa) – Seramai 47 ahli persatuan Fit Ladies Aidilfitri dari Seremban, Negeri Sembilan telah mengadakan program kenali dan pelajari hutan tropika di Stesen Penyelidikan FRIM, Pasoh (SPF Pasoh) baru-baru ini.

Objektif utama program diadakan pada 21 Mei ini adalah untuk mempelajari tentang pemuliharaan hutan, penjagaan alam sekitar serta memupuk semangat cinta kepada khazanah flora dan fauna negara.

Taklimat berkenaan fungsi dan aktiviti penyelidikan serta pendidikan di SPF Pasoh telah disampaikan oleh Ahmad Awang, Pengurus Stesen.

Para peserta kemudiannya dibawa melawat Denai Alam Pasoh untuk mendekati kepelbagaian dan keunikan hidupan di hutan hujan tropika Malaysia. Bagi lebih memahami kerja-kerja penyelidikan, peserta juga dibawa melawat menara aloi kembar tiga dan titian silara yang terletak berhampiran dengan pejabat SPF Pasoh.

Untuk maklumat lanjut tentang lawatan atau Program Eko-Pendidikan SPF Pasoh, sila hubungi Dr Christine Fletcher, Penyelaras SPF Pasoh atau Pengurus SPF Pasoh melalui emel kepada: cdflecth@frim.gov.my atau ahmad_awang@frim.gov.my.

Rate this post

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast