FRIM adakan mesyuarat penyediaan dokumen UNESCO

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

31 Julai 2017 (Isnin) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mengadakan Mesyuarat ‘Kick-off’ Jawatankuasa Kerja Penyediaan Dossier (JKPD) bagi Usaha ‘FRIM ke arah Tapak Warisan Dunia (WHS)-UNESCO’ di kampus FRIM pada 21 Julai lalu.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod ini bertujuan untuk menubuhkan JKPD peringkat FRIM-Jabatan Warisan Negara (JWN) yang merancang pelan tugasan dan strategi dalam penyediaan dokumen dossier ini.

Pencalonan FRIM dan dua tapak lain di Malaysia iaitu Royal Belum di Gerik dan Permatang Kuarza di Gombak, Selangor untuk dimasukkan ke senarai tentatif WHS-UNESCO telah diterima di Mesyuarat Jawatankuasa Warisan Dunia (World Heritage Committee atau WHC) yang ke-5 di Paris, Perancis, pada 7 Julai lalu.

Penyediaan dossier akan dilaksanakan sepanjang 2018 untuk penghantaran kepada WHC pada 2019.

Turut hadir di mesyuarat ini, Dr Francis Ng, Felo FRIM; Prof. Emeritus Datin Paduka Zuraina Majid, mantan Pengarah JWN; Zulkifli Md Napiah, Kurator Cawangan Perancangan Strategik JWN; Dr Ismail Harun, Timbalan KP (Penyelidikan) FRIM; Noorsiha Ayop, Ketua Program Pengurusan Tapak Warisan FRIM (FRIM-WHS); dan pengarah-pengarah bahagian FRIM.

Zuraina dan Ng dilantik sebagai Felo Pakar FRIM untuk membantu penyediaan dossier ini. Seorang lagi felo ialah Prof. Emeritus Dato’ Dr Abdul Latiff Mohamad, Ahli Majlis Warisan Kebangsaan sesi 2016-2017.

Sebagai simbolik kepada penubuhan JKPD, KP menyerahkan ‘kit tugasan’ kepada para pengarah bahagian dan felo pakar yang terlibat.

Rate this post
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast