FRIM tambah elemen keselamatan dalam audit QE

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara


7 Mac 2016 (Isnin) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) menambah elemen ‘sentiasa selamat’ dalam kriteria penilaian audit Persekitaran Berkualiti (QE) mulai tahun ini.

Tujuan penilaian ini adalah bagi memastikan kesemua elemen dalam kriteria penilaian QE dipatuhi dan warga FRIM dapat melaksanakan kerja dalam suasana yang bersih, kondusif serta produktif. Elemen ‘sentiasa selamat’ menekankan aspek keselamatan dalam kerja bagi menyediakan persekitaran kerja yang lebih selamat dan mengelakkan sebarang risiko keselamatan di tempat kerja.

Empat siri audit dalam QE telah dijadualkan pada tahun ini. Siri pertama dilaksanakan pada 3–4 Mac lepas. Siri kedua akan dijalankan pada 28–29 Mac, manakala siri ketiga dan keempat masing-masing pada 16–17 Jun dan 20–21 Jun.

5 (100%) 2 votes
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast