FRIM anjur Bengkel Pengurusan Hutan Secara Intensif

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

30 November 2017 (Khamis) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah berjaya menganjurkan Bengkel Konsep Pengurusan Hutan Secara Intensif (IFM) di kampus FRIM, Kepong pada Isnin lalu.  

Program yang dilancarkan oleh Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod ini bertujuan untuk berkongsi maklumat serta hasil kajian terkini berkenaan IFM dengan agensi-agensi serta organisasi-organisasi yang berkaitan bagi mendapatkan maklum balas mereka.

Berbeza dari konsep tebangan memilih yang sedang diamalkan, kaedah IFM menumpukan kepada tebangan habis bagi 30% keluasan kompartmen yang akan ditanam semula dengan spesies komersial.  

Pemilihan spesies tanaman dibuat berdasarkan keperluan industri semasa dan jangkaan keperluan masa hadapan serta diurus secara intensif; manakala 70% lagi kawasan diurus untuk lain-lain perkhidmatan hutan seperti produk bukan kayu, air, karbon, ekopelancongan dan sebagai kawasan konservasi kepelbagaian biologi. 

Seramai 31 peserta menghadiri bengkel ini. Turut hadir, Dr Ismail Harun, Timbalan KP (Penyelidikan) FRIM; Dr Samsudin Musa, Pengarah Perhutanan dan Alam Sekitar FRIM; Dr Nur Supardi Md Noor, Pengarah Perancangan Penyelidikan FRIM; Dato’ Mohd Ridza Awang, Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Hutan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia; Yong Teng Koon, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC); Kamaruzaman Othman, Pengarah Ladang Hutan, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB); David Chin, Presiden Institut Rimbawan Malaysia (IRIM); serta wakil-wakil Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Terengganu (KPKKT), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan jabatan-jabatan perhutanan negeri lain.

5 (100%) 2 votes
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast