FRIM anjur bengkel penulisan untuk komunikasi berkesan

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

29 Mei 2017 (Isnin) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mengadakan ‘Bengkel Penulisan bagi Komunikasi Lebih Berkesan’ di kampus FRIM, Kepong pada 25 Mei lalu.

Bengkel satu hari ini bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam penulisan berimpak, terutamanya untuk perkongsian melalui laman sesawang dan media sosial rasmi FRIM.

Program yang disertai 30 peserta ini disempurnakan oleh Norhayati Nordin, Ketua Unit Komunikasi Korporat (CCU) yang memperkenalkan pasukan CCU serta memberi penerangan tentang peranan dan fungsi CCU.

Dalam ucapannya, Norhayati juga menyeru para peserta supaya mendapatkan khidmat daripada CCU dalam pengendalian acara, promosi serta perkongsian maklumat aktiviti yang dijalankan oleh bahagian, unit atau program masing-masing melalui pelbagai saluran media.

Toh An Nee, Pegawai Media FRIM dengan bantuan Lim Chung Lu, Pegawai Penyelidik telah mengendalikan kursus yang memberi penekanan terhadap teknik penulisan untuk perkongsian melalui media cetak, siaran dan media sosial serta kaedah pemilihan gambar.

Bengkel ini juga diisi dengan aktiviti kerja dan pembentangan berkumpulan. Pada penghujung program, Norhayati menyampaikan hadiah kepada kumpulan terbaik secara keseluruhan, kumpulan yang menghasilkan artikel terbaik untuk perkongsian melalui Facebook serta peserta terbaik; sementara Toh menyampaikan sijil penyertaan.

Selain daripada kursus penulisan, CCU juga menawarkan khidmat nasihat kepada semua warga FRIM dalam penulisan dan perhubungan pelanggan melalui klinik komunikasi yang diadakan pada hari Jumaat terakhir setiap bulan, jam 3.00-5.00 petang.

Rate this post

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast