FRIM anjur bengkel untuk bincang isu penyakit layu akasia

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

13 Januari 2017 (Jumaat) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menganjurkan satu bengkel tentang ‘Penyakit layu: Risiko dan ancaman terhadap perladangan Acacia mangium‘ di Temerloh, Pahang, pada 11-12 Januari.

Objektif utama adalah untuk membincang dan memberi kesedaran tentang risiko dan ancaman penyakit layu akasia serta menggalakkan pembentukan jaringan kerjasama antara pakar penyelidik, agensi-agensi dan  pihak pengusaha ladang yang terbabit dalam menangani masalah tersebut.

Majlis perasmian bengkel disempurnakan oleh Ketua Pengarah FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod pada 11 Januari dan program tersebut dihadiri hampir 90 peserta dari seluruh negara. Turut hadir, Pengarah Bahagian Biodiversiti Hutan, Dr Lillian Chua dan Ketua Program Kesihatan dan Pemuliharaan Hutan, Dr Mohd Farid Ahmad.

Terdapat 10 pembentangan oleh pakar penyelidik FRIM dari pelbagai bidang termasuk jururunding bebas patologi hutan dan wakil Jabatan Pertanian yang berkongsi kepakaran dan pengalaman masing-masing berkaitan dengan isu penyakit layu Akasia.

Antara topik-topik yang menarik adalah:

  • Impak penyakit layu terhadap perladangan hutan: Analisis daya maju kewangan oleh Mohd Parid Mamat;
  • ‘Penyakit layu disebabkan kulat Ceratocystis di ladang Acacia mangium di Malaysia dan ancamannya kepada pokok hutan dan pokok pertanian terpilih’ (Mohd Farid);
  • ‘Amalan silvikultur baik Acacia mangium dalam menangani risiko penyakit layu akasia’ (Amir Saaiffudin);
  • ‘Tinjauan awal kumbang Ambrosia di ladang Acacia mangium di Semenanjung Malaysia’ (Ong Su Ping);
  • ‘Genetik dan baikbiak pokok bagi penghasilan bahan tanaman rintang terhadap penyakit layu’ (Dr Mohd Zaki Abdullah);
  • ‘Kajian awal kesesuaian pokok Acacia mangium berpenyakit layu untuk penghasilan produk berasaskan kayu’ – (Dr Sharmiza Adnan); dan
  • ‘Biosekuriti tanaman dalam menangani masalah penyakit layu’ (Datin Jatil Aliah Timin, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Kepakaran Diagnostik Tumbuhan, Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian).

Program bengkel diakhiri dengan lawatan ke lapangan bagi mendedahkan para peserta teknik-teknik mengecam dan mengenalpasti penyakit layu Acacia mangium berdasarkan gejala dan tanda yang ditunjukkan oleh pokok dijangkiti penyakit tersebut. Faktor-faktor yang menyumbang kepada berlakunya penyakit tersebut juga dibincangkan semasa di lapangan.

Penyakit layu yang disebabkan oleh kulat Ceratocystis kini menjadi ancaman utama kepada ladang Acacia mangium di seluruh dunia. Langkah kawalan secara kimia atau biologi yang berkesan masih belum berjaya ditemui. Kebanyakan pokok yang dijangkiti kulat ini mati dengan cepat kerana tidak mendapat rawatan.

Penyakit ini telah mengakibatkan kerugian kepada pengusaha-pengusaha ladang Acacia mangium dan akan memberi kesan kepada bekalan kayu negara pada masa hadapan jika tidak ditangani dengan segera. Selain sektor perladangan hutan, penyakit ini juga berpotensi untuk merebak dan menjadi ancaman kepada sektor pertanian lain.

5 (100%) 1 vote

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast