FRIM anjur ceramah mengenai Peraturan EPA Amerika Syarikat

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

27 Oktober 2017 – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah berjaya menganjur bersama Persatuan Pengilang Produk Panel Malaysia (MPMA) dan Perkhidmatan Persijilan Antarabangsa (CSi) satu siri ceramah mengenai Peraturan Perlindungan Alam Sekitar (EPA) Amerika Syarikat berkaitan dengan pembebasan formaldehid produk kayu komposit.

Ceramah pertama telah diadakan pada 25 Oktober di FRIM, Kepong; yang kedua di Miri, Sarawak semalam; dan program terakhir di Sandakan, Sabah pada hari ini. Seramai 50 peserta dari industri berkenaan menghadiri program di FRIM; 31 di Sarawak dan 25 di Sabah.

Matlamat program ini adalah untuk berkongsi maklumat terkini mengenai peraturan-peraturan formaldehid EPA dengan pihak pengeluar produk panel dan industri yang berkaitan.

Terdapat tiga pembentangan yang diikuti dengan sesi soal jawab dalam program ini. Ben Vaughn yang merupakan Presiden CSi AS menyampaikan gambaran keseluruhan serta status mengenai peraturan EPA baru; Oo Lin Thai, Agen CSi Asia Tenggara menyampaikan tajuk mengenai keperluan audit dan ujian; manakala pakar FRIM, Dr Zaihan Jalaludin pula menjelaskan peranan FRIM serta perkhidmatan yang berkaitan.

Peraturan-peraturan yang mula berkuatkuasa tahun ini akan mengetatkan lagi sekatan pembebasan formaldehid bagi produk kayu komposit, selaras dengan had-had yang ditetapkan di bawah Langkah-langkah Kawalan Toksik Bawaan Udara California Air Resources Board (CARB).

Selain mengenakan keperluan ujian terhadap pengeluar bagi memastikan pematuhan, peraturan juga menetapkan keperluan pelabelan dan notifikasi pendedahan yang melibatkan pihak fabrikator, pengedar, pengimport dan peruncit.

FRIM telah diiktiraf sebagai Badan Ujian bebas yang bertauliah di bawah Peraturan CARB semenjak Januari 2013. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Dr Rafeadah Rusli (03-62797287 / rafeadah@frim.gov.my) atau Nuziah (nuziah@frim.gov.my / 03 -62797682).

3.7 (73.85%) 13 votes
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast