FRIM anjur dialog dengan staf barisan hadapan

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

spinner

14 Februari 2017 (Selasa) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mengadakan sesi dialog bersama staf barisan hadapan semalam untuk berbincang dan memaklumkan perkembangan terkini berkaitan pentadbiran, pembangunan, pemantauan kawasan FRIM (termasuk Bukit Hari) serta khidmat penguatkuasa.

Seramai 40 staf menghadiri dialog yang dipengerusikan oleh Ketua Unit Komunikasi Korporat (CCU), Norhayati Nordin. Penel-panel dialog terdiri daripada Liza Ismail, Ketua Cawangan Pentadbiran; Dr Noor Azlin Yahya, Ketua Program Ekopelancongan dan Hutan Bandar; dan Noorsiha Ayop, Ketua Program FRIM-Tapak Warisan Dunia (FRIM-WHS).

Nohayati memulakan dialog dengan memberikan penghargaan FRIM atas sumbangan staf barisan hadapan dan menekankan kepentingan untuk melindungi keselamatan diri ketika berhadapan dengan keadaan sukar. Liza memberi fokus kepada keputusan penutupan denai tertentu serta tindakan yang diambil untuk menangani pencerobohan.

Selain menerangkan isu-isu mengenai Titian Silara, Noor Azlin mengalu-alukan maklum balas daripada staf barisan hadapan untuk menambahbai ‘Kod Tingkah Laku Bagi Pelawat di Kampus FRIM’. Noorsiha pula menerangkan pembangunan yang akan diadakan dalam kampus FRIM, terutamanya dalam usaha mendapatkan pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Dalam sesi perbincangan, Abdul Halim Talha (wakil Bike Ranger), Mohamad Shapiei Jusoh (Unit Fasiliti) dan Amir Saaiffudin Kassim (Program Hutan Ladang) berkongsi pengalaman semasa berurusan dengan pelanggan manakala peserta lain turut memberi cadangan untuk penambahbaikan dan penyelesaian secara bersama.

Sesi dialog adalah penting untuk melengkapkan staf barisan hadapan dengan maklumat terkini supaya mereka dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik untuk pelanggan FRIM.

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast