FRIM anjur kursus pengenalan kelip-kelip

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

5 September 2017 (Selasa) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mengadakan Kursus Pengenalan Kelip-kelip untuk 34 peserta dari  Majlis Daerah Kuala Selangor, Persatuan Pendayung Kelip-kelip Kampung Kuantan dan Kelab Alami KAWA, Kuala Selangor pada 29 Ogos lalu di kampus FRIM, Kepong.

Kursus satu hari yang dikendalikan oleh Cawangan Entomologi FRIM di bawah ‘Projek Kajian Pemantauan Populasi Kelip-kelip di Sungai Selangor’ ini dilancarkan oleh  Pengarah Bahagian Biodiversiti Hutan, Dr Lillian Chua.

Ketua Program Ekopelancongan dan Hutan Bandar, Dr Noor Azlin Yahya memberikan taklimat mengenai latar belakang serta pelbagai fasiliti di FRIM.

Pakar Entomologi FRIM, Veronica Khoo pula memberikan talklimat mengenai ciri-ciri pengecaman, ekologi serta kepentingan menjaga ekosistem kelip-kelip.

Terdapat juga sesi amali di mana para peserta dapat memerhatikan spesimen hidup larva kelip-kelip dan siput di bawah mikroskop.

Mereka juga dibawa melawat ke denai alam untuk menikmati fenomena ‘crown shyness’ di FRIM.

Rate this post
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast