FRIM anjur latihan pengurusan kualiti bagi staf stesen penyelidikan

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

6 April 2017 (Khamis) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah berjaya mengadakan Latihan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) untuk 24 staf dari semua stesen penyelidikannya.

Program yang diadakan dari 28 hingga 30 Mac di Stesen Penyelidikan FRIM di Jengka (SPF Jengka), Pahang ini bertujuan membantu dan memastikan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 serta Persekitaran Berkualiti (QE) sentiasa dilaksana dan dipatuhi.

Selain itu, semua peserta yang terdiri daripada penyelaras, pengurus  serta wakil-wakil SPF turut dimaklumkan tentang hala tuju SPF serta hubungkaitnya dengan Akta FRIM 2016 (Akta 782). Mereka juga diminta untuk menambahbaik sistem kualiti yang sedia ada selaras dengan tema dan skop penubuhan SPF masing-masing.

Program ini dilaksanakan oleh Unit Pengurusan Kualiti (PJK) FRIM yang diketuai Datin Salamah Selamat dan tenaga pengajar termasuk Dr Sharmiza Adnan serta pegawai-pegawai PJK yang lain.

 

5 (100%) 2 votes
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast