FRIM anjur program tanam pokok buah-buahan nadir di Melaka

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

22 Mei 2017 (Isnin) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dengan kerjasama Balai Iktisas Malaysia (BIM) dan Jabatan Landskap Negeri Melaka telah menganjurkan Program Penanaman Pokok Buah-buahan Nadir di Stesen Penyelidikan FRIM di Selandar (SPF Selandar), Melaka semalam.

Majlis pelancaran program ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Ar Ismail Othman, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri Melaka yang mewakili YAB Datuk Seri Utama Ir Idris Haron, Ketua Menteri Melaka.

Turut hadir, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah(KP) FRIM; Dr Ismail Harun Timbalan KP (Penyelidikan); Datuk Dr Rahim Sudin, Timbalan KP (Operasi); Dato’ Ismail Ngah, Presiden BIM; Sapiah Haron, Pengarah Jabatan Landskap Negeri Melaka; dan Dasrul Iskandar Darus, Penyelaras SPF Selandar.

Tujuan program yang disertai 300 peserta ini adalah untuk membangunkan ‘Germplasm Repository: Rare Fruits of Our Heritage’ yang pertama di Melaka.

Sejumlah 188 anak pokok buah-buahan nadir seperti binjai (Mangifera caesia), asam gelugur (Garcinia atroviridis), berangan (Castanopsis inermis); asam kumbang (Mangifera quadrifida); tampoi (Baccaurea reticulata), sentul (Sandoricum koetjape) dan beruas (Garcinia hombroniana) berjaya ditanam oleh para peserta yang terdiri daripada wakil-wakil BIM dan Jabatan Lanskap Negeri Melaka serta staf FRIM.

4.5 (90%) 2 votes
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast