FRIM anjur Seminar PEM 2017

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

1 November 2017 (Rabu) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah berjaya menganjurkan Seminar Penilaian dan Pemantauan Projek (PEM) yang ke-13 yang bertema, ‘Era Baharu dalam R&D: Menegakkan Akta FRIM 782’ di Auditorium FRIM, Kepong semalam.

Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod yang merasmikan majlis pembukaan seminar tersebut menyeru semua penyelidik FRIM supaya menyokong penuh usaha pengkomersialan hasil R&D melalui Syarikat FRIM Incorporated yang ditubuhkan pada 4 Ogos lalu serta Bahagian Inovasi dan Komersialisasi (ICD).

“Usaha komersialisasi ini diharap dapat membantu FRIM mengurangkan kebergantungannya pada dana kerajaan serta mencapai ‘self-sufficiency’ dalam tempoh yang dirancang.

“Komersialisasi juga akan membuka peluang untuk teknologi FRIM yang ‘high novelty’, mewujudkan impak ekonomi dan memberikan manfaat kepada masyarakat serta daya saing negara,” katanya di samping menyeru para penyelidik lebih terbuka mendampingi rakyat serta pihak industri.

Abd Latif berkata beliau menyokong penuh inisiatif-inisiatif yang bersifat kolaboratif kerana dapat menyatukan penyelidik dengan pihak industri untuk menjadikan kerja-kerja penyelidikan sebagai pemangkin kepada komersialisasi awal penemuan-penemuan baharu.

“Walau bagaimanapun, setiap aktiviti penyelidikan turut perlu ada sumbangannya kepada FRIM; sama ada dalam bentuk royalti, sumbangan dana atau penghasilan produk penyelidikan, peningkatan kepakaran, pengiktirafan dan sebagainya,” kata beliau.

Seminar yang diadakan setiap tahun ini bertujuan mengkaji semula kemajuan pelbagai projek penyelidikan yang dijalankan oleh penyelidik FRIM. Terdapat 11 pembentangan yang dibahagikan kepada dua sesi yang masing-masing dipengerusikan oleh Dr Fadzureena Jamaludin dan Mohd Parid Mamat.

Timbalan KP (Penyelidikan) Dr Ismail Harun yang merasmikan upacara penutup seminar telah menyampaikan hadiah Pengurusan Projek Terbaik kepada Dr Hamdan Husain bagi projek ‘Development of Cross Laminated Timber (CLT) using Pioneer Timber Species into Structural Panel for IBS Application’ dan Ong Boo Kean untuk ‘Pembangunan Skop Ujian Kawalan Kualiti Berstatus Akreditasi ISO/IEC 17025 bagi Memenuhi Keperluan Regulatori dan Berorientasikan Pasaran Industri Herba’.

Ismail juga menyampaikan hadiah Pembentang Terbaik kepada Dr Mohamad Nasir Mat Arip yang membentangkan projek, ‘Development of nano chemical composite sensor for ultrasensitive detection of formaldehyde gas emissions from composite wood products’.

Turut hadir, Dr Nur Supardi Md Noor, Pengarah Bahagian Perancangan Penyelidikan; Norhayati Nordin, Pengarah ICD yang juga Ketua Komunikasi Korporat FRIM.

5 (100%) 2 votes
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast