FRIM melantik pengarah biodiversiti baru

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

new biodiversity director

Chua (kiri) menerima watikah perlantikan daripada Abd Latif.

28 Januari 2016 (Khamis) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah melantik Dr Lillian Chua sebagai pengarah baru bagi Bahagian Biodiversiti Hutan FRIM berkuat kuasa 1 Januari 2016, menggantikan Dr Saw Leng Guan yang bersara pada 10 Disember 2015.

Ketua Pengarah FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod, menyampaikan watikah perlantikan kepada Chua pada perhimpunan bulanan FRIM pada 22 Januari lalu.

Chua (53) juga merupakan Ketua Program Kesihatan dan Pemuliharaan Hutan. Beliau menyertai FRIM pada 15 Mei 1992 sebagai pegawai penyelidik dan menerima PhD dari University of Bath, United Kingdom pada 1995.

Beliau telah menerbitkan beberapa buah buku yang memenangi anugerah seperti ‘Plants of Krau’, ‘Malaysia Plant Red List – Peninsular Malaysia Dipterocarpoceae’ dan ‘Forest Research Institute Malaysia: A Sanctuary for Threatened Trees’. Beliau menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang FRIM pada tahun 2009 dan 2014; manakala pada tahun 2015, beliau mendapat Anugerah Pekerja Terbaik Sepanjang Perkhidmatan.

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast