FRIM terima anugerah pencapaian terbaik NRE

Written by CCU on . Posted in Hadiah & Penghargaan, Berita & Acara

FRIM awarded NRE best achievement of the year award

Abd Latif (kanan) menerima trofi dan sijil daripada Wan Junaidi.

21 Disember 2017 (Khamis) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah dipilih sebagai penerima Anugerah Pencapaian Terbaik Sepanjang Tahun 2016-2017 (Innovation Champion) oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) baru-baru ini.

Menteri NRE, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menyampaikan trofi dan sijil penghargaan khas kepada Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod di Majlis Perhimpunan Bulanan 1NRE yang diadakan di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Kuala Lumpur pada 19 Disember lalu.

FRIM awarded NRE best achievement of the year award

Dari kiri: Wan Junaidi, Abd Latif, Marzalina dan Azharizan bergambar semasa majlis tersebut.

Beliau juga menyampaikan sijil ‘Malaysia Book of Records’ (MBR) kepada Pengarah Bioteknologi Perhutanan FRIM, Dato’ Dr Marzalina Mansor untuk pengiktirafan bagi hasil penyelidikan beliau, iaitu ‘First Synthetic Timber Seed to Survive Cryopreservation’ serta sijil Anugerah Citra Sahabat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi Sektor Awam kepada Pegawai Penyelidik, Azharizan Mohamad Norizan.

Marzalina mendapat pengiktirafan MBR berdasarkan kajiannya yang Berjaya menghasilkan biji benih sintetik spesies pokok kayu pertama yang berjaya ditanam selepas melalui teknik penyimpanan secara krioawetan iaitu pokok mahogany. Hasil kajian ini penting bagi usaha penyimpanan biji benih jangka panjang bagi tujuan pemuliharaan secara ex-situ.

Biji benih mahogani hasil kajian tersebut yang telah ditanam di kampus FRIM dan pokok yang berusia 22 tahun ini didapati tumbuh secara normal, dalam keadaan yang sihat seperti pokok-pokok lain dan tanpa menunjukkan mutasi. Ini membuktikan kejayaan kajian serta kesesuaian teknik ini dalam pemuliharaan spesies pokok tropika.

Marzalina menerima sijil MBR daripada Timbalan Pengurus Besar MBR, Mohamad Alex Edward di pejabat MBR pada 24 Oktober.

FRIM awarded NRE best achievement of the year award

Marzalina bergambar dengan pokok mahogani daripada biji benih hasil teknik krioawetan.

FRIM awarded NRE best achievement of the year award

Marzalina (kanan) bersama Mohamad Alex di pejabat MBR.

5 (100%) 1 vote
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast