FRIM bangun Taman Warisan

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

5 Julai 2017 (Rabu) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sedang menjalankan projek pembangunan bagi menyediakan kemudahan rekreasi di ‘Taman Warisan’ yang berhampiran dengan pintu masuk utama FRIM di Kepong.

Projek yang dimulakan pada Januari 2017 lalu ini akan siap pada bulan depan dan taman tersebut dijangka akan dibuka kepada orang awam pada tahun hadapan.

Pembangunan kawasan hijau yang berdasarkan pengurusan alam sekitar secara mampan ini adalah untuk menjadikannya sebagai destinasi ekopelancongan, rekreasi serta pendidikan bagi mempromosikan kesedaran alam sekitar, landskap dan penyelenggaraan pokok (arborikultur). Pembangunan kawasan ini juga bertujuan mengurangkan kesesakan dan tekanan terhadap alam sekitar di kampus utama FRIM.

Kemudahan yang akan disediakan termasuk amfiteater, pavilion, dataran ‘grasscrete’, trek joging, peralatan kecergasan (parcourse) dan gazebo.

Reka bentuk ruang landskap dibina bagi memastikan tumbuhan yang sedia ada terpelihara dan turut diperkayakan dengan penanaman spesies-spesies pokok warisan negeri Selangor seperti petaling (Ochanostachys amentacea), nyatoh (Madhuca selangorica), jelutong (Dyera costulata) dan sepang (Caesalpinia sappan).

Pengurusan taman ini juga akan mendemonstrasikan amalan baik arborikultur bagi tujuan pendidikan serta penganjuran kursus landskap dan arborikultur FRIM.

“FRIM berharap komuniti setempat dan para pengunjung akan memberi sokongan terhadap usaha pemuliharaan kawasan hijau tersebut yang boleh memberi faedah kepada semua serta dikekalkan sebagai warisan generasi akan datang,” kata Abdul Jabbar Sabli, Pengarah Bahagian Pentadbiran FRIM.

5 (100%) 4 votes
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast