FRIM beri pengiktirafan kepada 62 staf

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

5 Mei 2017 (Jumaat) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah memberi anugerah kepada 62 kakitangan cemerlang di Majlis Hari Anugerah FRIM yang diadakan di kampus utama, Kepong pada 27 April lalu.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod yang mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah. Beliau juga menyeru semua staf supaya terus berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

Datuk Dr Rahim Sudin, Timbalan KP (Operasi) FRIM merupakan penerima Anugerah Ketua Pengarah (AKP), manakala Datin Salamah Selamat, Ketua Unit Pengurusan Kualiti serta Dr Abd Rahman Kassim, Ketua Program Geoinformasi telah menerima Anugerah Pekerja Terbaik Tahunan bagi kategori kumpulan pengususan dan profesional.

Nasri Nasir yang merupakan pembantu kemahiran di bawah Program Teknologi Pemprosesan Kayu FRIM pula menerima Anugerah Pekerja Terbaik Tahunan bagi kategori kumpulan pelaksana 2.

Anugerah Saintis Terbaik FRIM dimenangi oleh Dr Helen Margaret Ruth Evans @ Ruth Kiew, Perunding Projek Flora of Peninsular Malaysia sementara Dr Ismail Parlan, Ketua Program Hutan Asli; Rohana Abd Rahman, Ketua Program Ekonomi dan Analisa Strategik; dan Dr Nik Musa’adah Mustapha, Ketua Makmal Biologi masing-masing menerima Anugerah Penyelidikan Terbaik.

Selain itu, seramai 20 kakitangan FRIM juga telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Pemenang APC bagi kategori kumpulan adalah MyBIS/CHM yang diterajui oleh Hamidah Mamat, Ketua Cawangan Pemuliharaan dan Biodiversiti Informatik; Pusat Teknologi Herba (Dr Pin Kar Yong); dan Projek Memperkasakan Zoo Negara Fasa II (Nik Adlin Nik Mohamed Sukri).

Perhimpunan Bulanan serta Majlis Jasamu Dikenang juga diadakan bersempena dengan majlis tersebut untuk memberi penghargaan kepada pesara dan bakal pesara FRIM atas segala jasa dan khidmat bakti yang telah diberikan sepanjang perkhidmatan mereka di FRIM. Mereka yang diraikan terdiri daripada Dr Abd Rahman Kassim; Mahat Mijan; Wan Zamani Wan Yusoff; Damahuri Ismail; Kamalbahrin Mahbok; Mohd Nanyan Ismail Gemulah; dan Allahyarham Dr Abdul Hamid Saleh.

Turut hadir, Dr Ismail Harun, Timbalan KP (Penyelidikan), Basir Malan Ab Rahman, Pengarah Sumber Manusia dan ahli-ahli pengurusan tertinggi FRIM yang lain.

Untuk melihat senarai penuh pemenang anugerah, sila klik di sini.

5 (100%) 1 vote

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast