FRIM bina monumen ikonik, lambang kecemerlangan

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

29 November 2017 (Rabu) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah berjaya mendirikan tiga monumen ikonik kayu yang diilhamkan ideanya oleh Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod sejak 2013 dan struktur-struktur ini menjadi lambang kecemerlangannya.

“FRIM sebagai institusi ulung dalam bidang penyelidikan perhutanan dan perkayuan negara amat menghargai sumber alam. Untuk mengabadikannya, adalah wajar sumber alam ini digunakan sebagai bahan asas monumen yang menjadi inspirasi yang akan sentiasa dihargai,” kata Abd Latif.

IKONIK FRIM: Pembinaan Monumen Ikonik FRIM direalisasikan sebagai mercu tanda yang sinonim dengan kecemerlangan dalam penyelidikan hutan tropika.

Monumen kayu keras tropika yang pertama dibina ini terletak di perkarangan pintu masuk ke kampus utama FRIM. Dinamakan “Monumen Ikonik FRIM”, struktur ini diperbuat daripada kayu balau. Balau adalah spesies terkenal yang menonjolkan ciri-ciri kekuatan serta ketahanan dengan kegunaan yang pelbagai. Ikon yang siap didirikan pada 2013 ini kini menjadi salah satu lokasi pilihan pengunjung untuk mengabadikan memori sebagai bukti mereka telah berada di FRIM.

IKONIK PANDA ZOO NEGARA: Monumen kedua ini terletak di perkarangan Pusat Konservasi Giant Panda Zoo Negara Malaysia dan dinamakan “Monumen Ikonik Panda”.

Ianya siap dibina pada 2014 sempena projek Kerjasama Konservasi Giant Panda Antarabangsa di mana sepasang beruang panda dipinjamkan oleh negara China kepada kerajaan Malaysia untuk dipamerkan di zoo tersebut.

Monumen ini terdiri dari lima keping belahan balak chengal berusia lebih seratus tahun yang dipilih oleh pakar kayu FRIM. Monumen ini menjadi tempat popular bagi pelawat untuk bergambar kenangan. Menurut Zoo Negara, tidak kurang daripada 1,500 orang bergambar di hadapan struktur ini setiap minggu.

IKONIK NRE: Monumen Ikonik NRE yang dirasmikan  oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada 22 Disember 2015 ini terdiri daripada lima keping belahan balak chengal berusia lebih 300 tahun yang dipilih oleh FRIM.

Kayu ini diselamatkan ketika banjir besar di Kelantan dan Terengganu pada tahun 2012.  Kerja-kerja pembuatan dan pembinaan monument ini bermula pada Ogos 2015.

Kayu chengal dipilih bagi mewakili sumber asli yang bernilai kerana ianya disanjungi sebagai sumber kayu ukir paling popular dan mendapat pasaran yang baik di dunia. Kini monumen ini menjadi mercu tanda NRE yang memaparkan imej baharu berasaskan sumber asli yang berteraskan budaya bangsa.

5 (100%) 6 votes
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast