FRIM adakan sesi taklimat bersama pasukan barisan hadapan

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

15 Februari 2016 (Isnin) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah berjaya mengadakan ‘Sesi Taklimat Bersama Kakitangan Keselamatan dan Pasukan Barisan Hadapan’ yang pertama pagi tadi di kampus utama FRIM, Kepong.
Taklimat ini diadakan untuk berkongsi maklumat berkenaan dengan penguatkuasaan, pembangunan dan maklum balas pelanggan, serta membincangkan isu-isu terkini.
Sesi taklimat ini dihadiri oleh 40 peserta yang terdiri daripada pegawal-pegawal keselamatan dan staf FRIM termasuk wakil-wakil dari Unit Komunikasi Korporat (CCU), Pusat Perkhidmatan Setempat, Unit Fasiliti, Unit Kecemasan dan Keselamatan, Pasukan ‘Bike Rangers’, Bahagian Pentadbiran serta Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar.

Program yang disempurna serta dipengerusikan oleh Ketua CCU, Norhayati Nordin, turut dihadiri oleh Pengarah Pentadbiran, Abdul Jabbar Sabli.

Terdapat empat pembentangan dalam sesi taklimat, iaitu:
• ‘Kemudahan di FRIM dan Isu-isu Semasa’ oleh Liza Ismail (Bahagian Pentadbiran);
• ‘Panduan Pelawat dan Visitors’ Code of Conduct’ oleh Dr Ahmad Nazarudin Mohd Roseli (Program Hutan Bandar dan Eko-Pelancongan FRIM);
• ‘Maklumat terkini mengenai Projek World Heritage Site (WHS) FRIM’ oleh Noorsiha Ayop (Projek WHS FRIM); dan
• ‘Perhubungan Awam dan Media’ oleh Toh An Nee (CCU).

Semasa penutupan, Norhayati memohon kerjasama semua pihak untuk bersama-sama menjaga imej FRIM dengan mengemukakan isu-isu yang dihadapi dalam pengendalian pelanggan, memberi maklum balas serta cadangan supaya dapat diselesaikan dengan cara terbaik.

Beliau juga mengambil maklum beberapa perkara yang dikemukakan oleh wakil pasukan “Bike Rangers”, Abdul Halim Talha, mengenai konflik yang timbul akibat penggunaan denai basikal lasak oleh para pejoging.

Sesi taklimat yang kedua akan diadakan pada Julai 2016. Program berkala ini diadakan untuk meningkatkan pengetahuan serta kerjasama antara pihak pengurusan dan barisan hadapan FRIM bagi memastikan pengurusan pelanggan yang berkesan.

5 (100%) 2 votes
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast