FRIM dapat anugerah ‘agensi terbaik’ bagi khidmat pulih bencana

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

4 Ogos 2017 (Jumaat) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menerima anugerah Agensi Terbaik bagi perkhidmatan Pusat Pemulihan Bencana (DRC) dalam Projek ‘Government Data Centre 2 (GDC-2)’.

Sijil penghargaan disampaikan oleh Dr Suhazimah Dzazali, Timbalan Ketua Pengarah (ICT) Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)  kepada Maizura Ishak yang mewakili Pasukan Pemulihan Bencana (DRT) FRIM di Majlis Sesi Penutup Projek GDC-2 yang diadakan di Putrajaya pada 1 Ogos 2017.

Sebanyak 50 agensi termasuk FRIM mendapat perkhidmatan Pusat Data (DC) dan DRC melalui Projek GDC-2 yang dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia mulai 2012 sehingga 2017.

Di majlis yang sama, 44 agensi menerima sijil perkhidmatan DRC. Radio Televisyen Malaysia (RTM) merupakan penerima anugerah agensi terbaik bagi perkhidmatan DC.

Sebagai penerima anugerah ‘Agensi Terbaik’ bagi perkhidmatan DRC, FRIM juga dijemput untuk berkongsi pengalamannya dalam pengaktifan DRC di majlis tersebut.

FRIM telah melaksanakan latihan simulasi Pelan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) yang melibatkan semua warganya pada 27 Julai lalu. Pasukan DRT FRIM telah berjaya memenuhi kriteria jangka masa enam jam yang ditetapkan dengan mengaktifkan semua aplikasi kritikal dalam masa empat jam 16 minit sahaja.

Rate this post

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast