FRIM, DBKL rekod spesies tumbuhan Bukit Nanas

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

Norzielawati (kiri) dan Imin Kamin mengutip spesimen.

5 Januari 2018 (Jumaat) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membuat inventori tumbuhan bagi Hutan Simpan Bukit Nanas serta menerbitkan hasil penemuan berkenaan di journal saintifik baru-baru ini.

Bukit Nanas plant species

Ahli-ahli botani menjalankan kerja inventori flora.

Kawasan hijau yang signifikan ini merupakan satu-satunya hutan simpan dalam ibu negara. Pada 2015-2016, pasukan botani FRIM yang diketuai oleh Syazwani Azeman dan Norzielawati Salleh telah menjalankan lawatan bulanan ke hutan tersebut untuk mencatat kekayaan tumbuhan di situ.

Kajian sepanjang tahun ini merekodkan 425 spesies dalam hutan yang bersaiz 9.37 ha. Antara yang menarik termasuk 16 spesies yang endemik di Semenanjung Malaysia termasuk Tarenna rudis daripada kaum kopi (Rubiaceae) yang hanya terdapat di negeri Selangor. Spesies ini telah dijumpai 88 tahun dahulu.

Oleh kerana hutan tersebut tidak pernah dituai, ia masih mengekalkan struktur lazim hutan dipterokarpa tanah pamah yang mempunyai banyak pokok besar dan tua, termasuk 16 spesies kaum damar (Dipterocarpaceae).

Spesies yang direkodkan lain di kawasan tersebut termasuk meranti batu (Shorea dasyphylla) yang dikategorikan sebagai ‘Vulnerable’ dalam Senarai Merah IUCN bagi Species Terancam; serta cempaka hutan (Magnolia montana), nipis kulit (Memecylon campanulatum), mersawa kesat (Anisoptera costata) dan sengkawang (Shorea sumatrana) yang tergolong sebagai ‘Near Threatened’. Namun, hanya terdapat satu pokok sengkawang yang ditemui dalam hutan berkenaan.

Hasil penemuan ini menunjukkan kepentingan dan kekayaan biodiversiti Hutan Simpan Bukit Nanas yang harus dipulihara dengan baik. Klik di sini untuk laporan penuh inventori flora: https://oneecosystem.pensoft.net/article/13708/instance/3766970/.

Tarenna rudis yang hanya terdapat di Selangor.

Satu-satunya pokok sengkawang yang dijumpai di hutan simpan tersebut.

Rate this post
Print Friendly, PDF & Email

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast