FRIM terima anugerah ‘Malaysian Standards’

Written by CCU on . Posted in Hadiah & Penghargaan, Berita & Acara

Menerima anugerah

Mohd Arshad (kanan) menerima anugerah yang disampaikan oleh Ongkili (kiri).

22 November 2011 (Selasa) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) ialah salah sebuah daripada organisasi dalam negara yang telah menerima penghargaan daripada Jabatan Standard Malaysia (DSM) atas sokongan serta penglibatannya dalam pembangunan ‘Malaysian Standards’ (MS) di Majlis Anugerah Standard dan Akreditasi Kebangsaan 2011 yang berlangsung pada 14 Oktober 2011.

Lima buah makmal FRIM, iaitu Makmal Laminasi Kayu, Makmal Ujian Perabot, Makmal Kejuteraan Kayu, Makmal Pengeringan Kayu dan Makmal Kemasiapan Kayu, telah menerima sijil penghargaan bagi Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) kerana telah memenuhi keperluan MS ISO/IEC 17025.

Pegawai Kanan Program Pemprosesan Termaju dan Reka Bentuk, Mohd Arshad Saru, juga menerima anugerah atas sumbangan beliau dalam aktiviti pembangunan MS dan standard piawaian antarabangsa. Beliau telah terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti berkenaan semenjak 1995.

Wakil-wakil FRIM

Wakil-wakil FRIM (dari kiri) Dr Mohd Khairun Anwar B. Uyub, Arshad, Ong Chee Beng dan Zairul Amin Rabidin yang menghadiri majlis anugerah tersebut.

Beliau juga telah menerima sijil penghargaan skim akreditasi bagi pihak Makmal Ujian Perabot FRIM sebagai ketua makmal tersebut.

Menteri Sains Teknologi dan Innovation (MOSTI) YB Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili telah merasmikan Majlis Anugerah Standard dan Akreditasi Kebangsaan 2011. Turut hadir ialah Pn. Fadilah Baharin, Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia.

Ongkili berkata sebanyak 6,411 ‘Malaysian Standards’ yang merangkumi 24 bidang dan sektor telah berjaya dibangunkan semenjak penubuhan Jabatan Standard Malaysia pada 1996 sehingga 30 September 2011.

Rate this post

Tags:

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast