FRIM adakan dialog dengan industri kayu

Written by CCU on . Posted in Berita & Acara

Mesyuarat bersama ahli-ahli Persatuan
Mesyuarat bersama ahli-ahli Persatuan Perusahaan Kayu-Kayan Sabah.

03 Jun 2011 (Jumaat) – Satu rombongan daripada Bahagian Keluaran Hutan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang diketuai oleh Pengarahnya, Dr Mohd Nor Mohd Yusoff, telah melawat ibu pejabat Persatuan Perusahaan Kayu-Kayan Sabah (STIA) di Kota Kinabalu di mana dialog diadakan dengan wakil-wakil industri pada 23 Mei 2011.

Dialog yang dianjurkan oleh STIA untuk ahli-ahli persatuan telah dihadiri oleh 40 orang wakil daripada industri huluan serta hiliran, termasuk di kalangan mereka yang datang dari Sandakan dan Tawau.

Delegasi FRIM termasuk lima orang Ketua Program di Bahagian Keluaran FRIM dan dua orang wakil Program Hutan Ladang, mengambil kesempatan untuk membentangkan aktiviti-aktiviti penyelidikan, pembangunan serta pengkomersialan FRIM serta perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh FRIM kepada industri.

Mereka mendapat reaksi yang amat menggalakkan daripada para hadirin yang mengemukakan pelbagai soalan berkaitan kebimbangan mereka tentang bekalan bahan mentah yang semakin berkurangan, potensi perladangan hutan serta penggunaan Acasia mangium untuk pembangunan produk. Antara lain, terdapat juga permintaan supaya FRIM mengadakan lawatan ke kilang-kilang untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah mereka.

Gambar kumpulan
Gambar kumpulan terdiri dari pegawai-pegawai penyelidik FRIM serta pegawai-pegawai kanan TA ANN termasuk Dato Wong (yang ke-enam dari kiri) dan Dr Peter Kho dari STA (ketiga dari kiri) di Sibu.

Selepas dialog tersebut, delegasi FRIM melawat syarikat INnovatory Furniture Sdn. Bhd. di Taman Perindustrian Kota Kinabalu yang menghasilkan perabot menggunakan Acasia mangium sepenuhnya. Mereka kemudiannya bertolak ke Sibu untuk program lawatan selanjutnya yang diatur oleh Persatuan Kayu-Kayan Sarawak (STA). 

Pada hari berikutnya, mereka disambut oleh Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan STA di ibu pejabat TA ANN Holdings Berhad, di mana satu perbincangan diadakan di antara kedua belah pihak. FRIM telah diundang untuk mengadakan kolaborasi dengan TA ANN bagi melaksanakan projek-projek penyelidikan bersama dalam bidang hutan ladang, pemprosesan kayu dan pembangunan produk.

Delegasi FRIM juga dibawa ke Kompleks Pemperosesan Kayu Bersepadu TA ANN untuk melihat peralatan dan kemudahan-kemudahan yang ada di situ termasuk kilang papan, kilang papan lapis dan kilang kayu kumai.

Program lawatan ini merupakan yang pertama kalinya diadakan oleh FRIM berdasarkan permintaan yang dibuat oleh ahli-ahli Pasukan Petugas R&D Keluaran Hutan semasa mesyuarat pada bulan Disember 2010. Tujuannya adalah untuk mendapatkan maklumbalas daripada pihak-pihak berkepentingan tersebut khususnya isu-isu dan permasalahan yang memerlukan khidmat teknikal FRIM.

Pihak STA dan STIA juga menyatakan hasrat mereka untuk mengadakan interaksi dan kolaborasi yang lebih erat di antara FRIM dan ahli-ahli mereka ke arah mempertingkatkan pembangunan industri kayu-kayan negara serta memastikan kesinambungannya di masa hadapan.  

 

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Accessibility
Close